Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-26 16:00:01    
Pembaharuan Sistem Tenaga Elektrik akan Laksanakan di China

Agensi Berita Xinhua China
Sidang akhbar pertama telah diadakan oleh Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya tersebut termasuk pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China Encik Cai Songyue dan 3 naib pengerusi lain telah menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh para wartawan dalam sidang itu.

Penubuhkan Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China bermakna sistem pengurusan industri tenaga elektrik China kini diambil alih oleh Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China daripada pengurusan pentadbiran kerajaan berdasarkan undang-undang yang bersesuaian dengan permintaan ekonomi pasaran.

Kerajaan Pusat menetapkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China pada bulan Mac tahun lalu. Menurut mandat yang diberikan oleh Dewan Negara China, Suruhanjaya itu akan melaksanakan tugas penyeliaan dan pengurusan tenaga elektrik seluruh negara berdasarkan undang-undang dan peraturan berkaitan.

Menurut Encik Cai Songyue, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China akan melaksanakan dengan baik 4 tugas pada tahun ini untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Dewan Negara China tentang pelaksanaan pembaharuan terhadap sistem tenaga elektrik:

Pertama, percubaan pasaran tenaga elektrik kawasan akan dijalankan dengan bersungguh-sungguh, penubuhan badan cawangan Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China dijalankan dengan cepat untuk membentuk dan menstandardkan pasaran utama, menetapkan struktur dan model pasaran yang rasional, memangkin dengan positif pembangunan pasaran tenaga elektrik.

Kedua, pembangunan undang-undang penyeliaan dan pengurusan tenaga elektrik China akan dilaksanakan. Sistem peraturan penyeliaan dan pengurusan tenaga elektrik meliputi "Undang-undang Tenaga Elektrik", "Peraturan penyeliaan dan pengurusan tenaga elektrik", "Peraturan pengoperasian pasaran tenaga elektrik" dan "Peraturan penyeliaan dan pengurusan pasaran tenaga elektrik".

Ketiga, pembaharuan terhadap sistem tenaga elektrik akan terus dilaksanakan. Pemimpin Dewan Negara China telah menjelaskan bahawa Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China bertanggungjawab atas pelaksanaan pembaharuan sistem tenaga elektrik seluruh negara China.

Dan keempat, pembangunan sistem pertubuhan penyeliaan dan pengurusan akan didorong selangkah demi selangkah.

Encik Cai Songyue menyatakan, penubuhan Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Tenaga Elektrik China menandakan pembaharuan sistem tenaga elektrik China telah mengorak langkah untuk menjayakan rancangan tersebut bersesuaian dengan perubahan struktur pasaran dan kepelbagaian pasaran akibat pembaharuan pasaran industri tenaga elektrik tindakan itu bermanfaat bagi menyusun semula kepentingan pelbagai pihak, memecahkan sekatan antara badan dengan badan, kawasan dengan kawasan dan provinsi dengan provinsi serta menjelaskan matlamat dasar penyeliaan dan pengurusan, menjamin persaingan yang adil dan dilaksanakan mengikut keperluan pasaran untuk menarik lebih banyak pelabur dan mengumpulkan lebih banyak modal bagi perusahaan tenaga elektrik.

----Ching