|
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, lalu lintas di Provinsi Henan China mencapai kemajuan yang besar, pelaburan pembangunan kemudahan infrastruktur lalu-lintas seluruh Provinsi berjumlah 62.3 bilion Yuan RMB, tahap pertambahan purata tahunan mencatat 24.26%. Sekarang, lebuh raya di seluruh Provinsi Henan sepanjang 1232 kilometer dan jalan raya yang dibuka kepada lalu lintas sepanjang 71741 kilometer.
Dalam sidang kerja lalu lintas Provinsi Henan yang diadakan baru-baru ini, Gabenor Provinsi dan para ketua jabatan mengemukakan tuntutan yang selanjutnya terhadap perkembangan pembaharuan lalu lintas. Gabenor Provinsi Henan Encik Li Chengyu menyatakan, perkembangan lalu lintas agak lambat berbanding Provinsi lain tidak selaras dengan tahap pertumbuhan ekonomi. Punca utama perkembangan tersebut disebabkan masalah sistem. Sehubungan dengan itu, sistem pelaburan yang wujud sekarang memerlukan pembaharuan, saluran pelaburan dalam bidang perkembangan lalu lintas harus diperbanyak dan pelbagai lapisan masyarakat harus digalakkan untuk melabur dalam bidang pembangunan jalan raya. Encik Li Chengyu menyatakan, bahawa keunggulan kawasan Provinsi Henan menyebabkan kadar keuntungan pelaburan pembinaan jalan raya tinggi. Ini menarik pelabur dari luar. Keunggulan ini harus digunakan dengan penuhnya untuk menarik pelaburan dan mempercepat pembangunan.
Menurut Encik Li Chengyu, kerajaan Provinsi Henan juga menetapkan, pada masa depan, pendapatan bayaran lalu lintas tidak lagi digunakan untuk membina lebuh raya baru, pendapatan itu akan digunakan untuk membina dan mengubahsuaikan jalan raya di kaunti dan mukim, khususnya, jalan raya di kampung-kampung yang terletak di kawasan mundur etnik minority yang terpencil dan miskin untuk meringankan tekanan kerajaan kaunti dan mukim serta beban para petani.
Baru-baru ini, Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan dari Parti Komunis China Encik Li Keqiang mengeluarkan beberapa arahan penting untuk meningkatkan pembaharuan sistem pengurusan lalu lintas, kerajaan Provinsi Henan menetapkan cadangan pembaharuan sistem pembangunan dan pengurusan lalu lintas Provinsi Henan, menyediakan peraturan terhadap penetapan rancangan, perancangan projek dan pengurusan modal. Menurut Encik Li Chengyu, pembaharuan harus dilaksanakan dengan cepat untuk memisahkan badan pentadbiran dengan badan perusahaan, memisahkan badan kerajaan dengan badan perusahaan; badan kerajaan yang terlibat dalam bidang lalu lintas termasuk badan penyelidikan dan rekaan diubah menjadi perusahaan sains dan teknologi; Perusahaan pembina dan pengangkutan diubah menjadi syarikat pelbagai fungsi, beberapa perusahaan pengangkutan dan pembina yang berskop kecil dan sederhana diubah menjadi perusahaan swasta yang bersaing di pasaran, berurus niaga secara inisiatif dan bertanggungjawab terhadap keuntungan dan kerugian sendiri.
Merujuk kepada isu mengambil semula hak milik tanah dalam proses pembinaan lebuh raya, kerajaan Provinsi mengemukakan bahawa sistem pengambilan semula hak milik dan penggunaan tanah harus didorong dan disempurnakan, agar pampasan disediakan dengan rasional, hak dan kepentingan petani yang sah dipelihara, menyediakan jaminan kehidupan jangka panjang dan boleh dipercayai oleh petani yang mengusahkan tanah kerajaan.
Sejajar dengan itu, meningkatkan pembaharuan terhadap sistem penyelenggaraan jalan raya, melaksanakan sistem tanggungjawab secara berkontrak terhadap pengurusan jalan raya dalam lingkungan peringkat kaunti, memasarkan penyelenggaraan jalan raya dan produksi, menjalankan persaingan terbuka untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti penyelenggara jalan raya, mengurangkan kos dan menggalakkan anggota pemelihara jalanraya bekerja dengan bersungguh-sungguh.
----Ching
|