Fang Zongxi dilahirkan dalam keluarga pengusaha kraf tangan di kaunti Yunxiao Provinsi Fujian China pada tahun 1912, 3 generasi beliau sejak nenek moyangnya membakar batu bata sebagai sumber rezeki mereka. Kehidupan yang sukar mendorong Fang Zongxi menghargai pelbagai peluang pelajaran sejak kecil. Beliau terkenal di seluruh sekolah kerana rajin belajar.
Pada tahun 1929, Fang Zongxi mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi dan kimia di Universiti Xiamen. Beliau siswazah jurusan biologi Universiti Xianmen pada tahun 1936 dan mendapat ijazah sarjana muda sains dan menjadi penolong pensyarah di Universiti Xiamen pada tahun itu.
Sejak tentera Jepun mencerobohi China, Fang Zongxi keluar negara. Pada awal tahun 1938 hingga awal tahun 1945, beliau mengajar dan menyandang jawatan penyelia pengajaran di Sekolah Menengah Zhonghua, di Palembang, Pulau Sumatera Indonesia. Beliau menganjurkan propaganda anti-Jepun di sana untuk menyelamatkan negara. Selapas mengajar, beliau menganjurkan pelajar mengadakan pertunjukkan ihsan dan mengumpulkan sumbangan derma untuk menyokong perjuangan anti-Jepun di China.
Sejak Jepun menyerah kalah, pada tahun 1946 hingga tahun 1947, Encik Fang Zongxi mengajar biologi di Sekolah Menengah di Singapura dan menyandang jawatan ketua pustakawan. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti London Britian dalam bidang genetik pada musim gugur tahun 1947 hingga bulan Mei tahun 1950 atas bantuan sahabatnya dan mendapat biasiswa kerajaan Britian. Beliau berkelulusan ijazah doktor dalam bidang Genetik Manusia dari Univeristi London pada tahun 1949. Apabila RRC ditubuhkan, beliau kembali ke tanah air dan mula memberi sumbangannya dalam bidang sains, pengkajian dan pendidikan kepada China.
Semasa diwawancara oleh wartawan, Puan Fang Qing, anak perempuan Profesor Fang Zongxi menyatakan: "Bapa saya menulis banyak buku, selain karya khas, beliau juga menulis buku teks universiti dan bahan bacaan tentang sains. Setelah bekerja lama sebagai editor di bahagian penerbitan perpustakaan, saya mengetahui sebagai ahli sains, bapa saya juga menghadapi banyak kesukaran untuk menulis bahan bacaan tentang sains yang mudah difahami. Bahan bacaan tentang sains yang ditulisnya menimbulkan minat kepada para pemuda terhadap sains samudera."
Pada masa awal Profesor Fang Zongxi kembali ke China, beliau menyandang jawatan sebagai penyunting Penerbitan China di bahagian pentadbiran jabatan pengarah editorial biologi Perpustakaan Penerbitan Pendidikan Rakyat. Beliau dilantik sebagai tamu dalam bidang biologi di Universiti Shandong atas undangan naib presiden universiti tersebut. Prof. Tong Dizhou pada tahun 1953. Beliau juga giat menyertai perbincangan hal ehwal negara, penyertaan dan perbahasan perkara negara. Beliau pernah menjadi wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dan naib pengerusi Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat provinsi Shandong China.
Puan Fang Qing mengeluarkan sebuah CD yang disimpannya dan memberitahu wartawan bahawa CD itu ialah rakaman ucapan Profesor Fang Zongxi: "Saya membicarakan isu "penerokaan laut" kali ini. "Penerokaan laut" mengandungi banyak bidang sains termasuk sains alam dan teknik kejuruteraan."
Selain rajin bekerja, Profesor Fang Zongxi juga tidak boros berbelanja dalam kehidupan dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anaknya. Puan Fang Qing menyatakan: "Pada awal tahun 1980-an, bapa saya banyak kali keluar negara untuk mengadakan peninjauan dan pertukaran ilmiah. Beliau tidak pernah membeli barangan keperluannya. Pada suatu ketika, beliau mengetuai kumpulan peninjau ke Jerman, Britian dan A.S.. Mereka berjimat cermat bagi berbelanja untuk keperluan seharian, beliau membelanjakan biayai yang disediakan untuk membeli lebih 60 peralatan sains yang diperlukan."
----Ching
|