Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-26 19:22:11    
"Pesta Malaysia 2004" akan Diadakan di Beijing

CRI

Wartawan CRI dimaklumkan dalam sidang akhbar "Pesta Malaysia 2004" petang 26 April, sempena ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, untuk mempereratkan hubungan persahabatan kedua-dua negara itu, "Pesta Malaysia 2004" akan diadakan di Beijing dari 28 hingga 31 Mei dalam tempoh lawatan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Badawi ke China. Pada ketika itu, beliau akan merasmikan pesta itu.

Difahamkan, "Pesta Malaysia 2004" akan diselenggarakan bersama oleh Bahagian Perdagangan Kedutaan Malaysia di China dan Cawangan Beijing Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China. Tujuan pesta tersebut untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia kepada pasaran China dan telah menarik kira-kira 100 perusahaan dan agensi daripada pelbagai sektor di Malaysia. Antara program pameran utama pesta itu adalah produk elektronik, getah dan produk getah, minyak sawit, bahan binaan serta institusi pendidikan dan lain-lain.