Wartawan CRI melaporkan bahawa Naib Presiden China Zeng Qinghong semalam ketika menemui pelbagai bekas pemimpin negara termasuk bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun yang menghadiri Sidang ke-60 Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Sosial Rantau Asia-Pasifik (UNESCAP) menyatakan, China akan menggabungkan strategi pembangunan ekonomi nasional negara sendiri dengan matlamat pembangunan rantau Asia-Pasifik.
Zeng Qinghong berkata, rantau Asia-Pasifik harus meneruskan kerjasama yang baik, dan berdasarkan prinsip saling menguntungkan, menggalakkan terus pembangunan rantau tersebut.
Anand Panyarachun mewakil para bekas pemimpin negara menyampaikan tahniah kepada kerajaan China kerana berjaya menganjurkan Sidang ke-60 UNESCAP , dan merakamkan terima kasih kepada China atas layanan tuan rumah yang mesra kepada para peserta.
|