|
 Wartawan CRI melaporkan bahawa Sidang Peringkat Menteri Sidang ke-60 UNESCAP PBB telah dirasmikan di Shanghai, China pagi tadi. Naib Presiden China Zeng Qinghong telah menghadiri upacara perasmian dan menyampaikan ucapan.

Zeng Qing Hong berkata, pada masa ini, rantau Asia-Pasifik sedang menghadapi banyak peluang pembangunan, dan juga bersama-sama menghadapi cabaran yang serius. Maka beliau mengemukakan 4 cadangan termasuk meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain; mempertahankan perdamaian dan kestabilan, meningkatkan penyelarasan, mewujudkan pembangunan bersama; meningkatkan kerjasama serantau, terbuka kepada dunia; menganjurkan prinsip hidup secara damai, dan mempertahankan kepelbagaian dunia.
|