|

Kumpulan Bbalet Guangzhou telah mempersembahkan 5 kali tarian balet klasik India yang bertajuk "Penari" pada bulan Oktober tahun 2003. Persembahan mereka amat menarik sekali dan mendapat sambutan meriah para penonton.
Tarian balet India itu mengisahkan kisah lama rakyat India. Untuk memudahkan penonton China memahami kisah tersebut, Kumpulan Balet Guangzhou telah mengubahsuai cara tarian balet itu supaya sesuai dengan minat penonton China. Penari utama persembahan balet itu yang juga Naib Ketua Kumpulan Balet Guanzhou Encik Zou Gang berkata: "Kumpulan kami selama ini cuba berusaha supaya seni tari balet dapat difahami oleh orang ramai dan kami juga menawarkan harga tiket istimewa kepada para penonton. Pada beberapa tahun dahulu, tiket persembahan tarian balet ialah 480 hingga 580 yuan Renminbi, sekarang, harga tiket yang paling mahal hanya 280 yuan Renminbi."
Beliau menambah, selain itu, Kumpulan kami juga mengadakan pembaharuan dan mengubahsuai bentuk dan cara cara tarian itu yang sukar difahami oleh penonton China dan menggunakan peralatan pentas yang sederhana, agar penonton tempatan senang memahami kisah yang kami persembahkan. Setelah diadakan pembaharuan tersebut, tarian balet persembahan kami telah mendapat sambutan hangat para penonton tempatan.

Pada bulan Oktober tahun 2003, Kumpulan Balet Guangzhou dengan giat menjalani latihan persembahan acara baru yang bertajuk "Kaligrafi China". Acara itu dipersembahkan dalam bentuk tarian balet dan juga tarian moden untuk menunjukkan seni budaya kaligrafi tradisional China. Penari-penari dengan gerak-geri menarik melukiskan huruf-huruf bahasa Han dalam tulisan kaligrafi tradisional China. Persembahan itu telah diadakan di Guangzhou pada bulan November tahun 2003 dan mendapat sambutan baik dari para penonton. Naib Ketua Kumpulan Balet Guangzhou encik Zou Gang berkata, minat penonton berbeza, ada yang gemar tarian balet dan ada yang gemar tarian moden. Usaha kami yang cuba mementaskan serentak tarian balet dan tarian moden dalam satu acara bertujuan agar peminat tarian balet dan tarian moden sama-sama menikmati persembahan kami. Kami berharap percubaan kami itu dapat membuka jalan baru dalam usaha pembangunan seni tari balet..

Encik Zou Gang berpendapat, persembahan penari-penari Kumpulan Balet Guanzhou telah mencapai tahap persembahan dunia. Beliau berkata, penari-penari kumpulan kami telah dianugerahkan hadiah istimewa kumpulan pemuda dalam "Pertandingan Tarian Balet Klasik Ke 7 Paris" dan dua penari kumpulan kami juga dianugerahkan hadiah dalam "Pertandingan Tarian Balet Antarabangsa di Bulgaria" pada tahun 1996. Qiu Lu, penari kumpulan kami dianugerahkan hadiah emas dalam Pertandingan Tarian Balet Antarabangsa Rantau Asia-Pasifik yang diadakan di Tokyo Jepun pada Ogos tahun 2003.
Encik Zou Gang juga berkata, kami maish tidak berpuas hati dengan kejayaan hanya dianugerahkan hadiah dalam persembahan antarabangsa. Sekarang tugas utama kami ialah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan tekun untuk menggubah karya terbaik dan mempersembahkan tarian yang bertaraf lebih tinggi lagi. Serentak itu, kami juga menawarkan jualan harga tiket istimewa. Dengan demikian, barulah dapat menarik minat para penonton dan mereka dapat menikmati persembahan tarian balet kami.
Kumpulan Balet Guangzhou ditubuhkan pada tahun 1994. Dalam 10 tahun yang lalu, Kumpulan Balet Guangzhou terus berusaha untuk mementaskan tarian yang menarik. Difahamkan, mereka telah mementaskan acara-acara baru pada setiap tahun. Antara acara-acara persembahan mereka ialah: tarian balet klasik yang terkenal di dunia "Swan Lake", "Traviata, La" dan "Nuteracker" serta tarian terkenal di China yang bertajuk: "Lan Huahua", "Dewi" dan "Mei Lanfang". Kumpulan Balet Guangzhou bercadang mengadakan lebih kurang 70 kali persembahan pada setiap tahun dan menawarkan lebih banyak harga tiket istimewa kepada para penonton supaya mereka dapat menonton persembahan kumpulan itu dengan hanya membayar 20 hingga 30 yuan Renminbi sahaja. Bagaimana pun "Usaha kami untuk memperkenalkan seni tari balet di kalangan rakyat supaya ia benar-benar menjadi budaya dalam kehidupan harian rakyat adalah amat berat dan memerlukan masa yang panjang, tambah beliau.
---- JI HUI
|