Menurut Agensi Berita Xinhua China, Dimaklumkan dari sidang kerja Pencegahan Jenayah Remaja dan kanak-kanak China di Shanghai semalam bahawa sistem mencegah janayah remaja dan kanak-kanak telah diwujudkan di China.
Difahamkan, kini kebanyakan kerajaan pelbagai peringkat di China telah menubuhkan badan untuk mencegah remaja dan kanak-kanak melakukan jenayah, pendidikan undang-undang telah diadakan di sekolah rendah dan menengah di seluruh China, pusat undang-undang dan serta pusat perkhidmatan remaja dan kanak-kanak juga ditubuhkan di pelbagai kawasan kediaman.
Selain itu, semenjak tahun 1984, lebih 2400 makamah telah ditubuhkan untuk menguruskan kes jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak.
|