![]( /mmsource/images/2004/04/28/t1.jpg) Menurut berita CRI, Menteri Luar Thailand, Surakiat Sathirathai hari ini berkata, kejadian kekerasan yang berlaku di 3 provinsi di negara itu pagi tadi tidak bersangkut paut dengan keganasan antarabangsa.
Sathirathai ketika diwawancara oleh media massa berkata, berdasarkan keputusan kajian bahawa kejadian itu tidak berkaitan langsung dengan keganasan antarabangsa dan juga bukan konflik agama. Beliau berkata, kejadian itu berlaku akibat pertentangan antara kumpulan-kumpulan berkuasa di selatan Thailand, mereka coba menegangkan situasi di sana untuk tujuan yang jahat.
Sekumpulan perusuh melancarkan serangan terhadap polis Thailand pada waktu hampir sama di kira-kira 10 tempat di selatan Thailand antaranya Yala, Pattani, Songkhla, mereka cuba merompak senjata manakala mengalami serangan daripada pihak polis Thailand, sekurang-kurangnya 120 orang perusuh ditembak mati dan 4 orang anggota polis Thailand terkorban dalam pertempuran itu.
|