Menurut berita CRI, Sidang Menteri, Sidang Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik PBB ke-60 telah ditutup di Shanghai petang tadi. Sidang itu meluluskan Perisytiharan Shanghai serta enam resolusi yang lain. Dengan itu, Sidang Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik PBB ke-60 juga telah ditutup.
Menteri Luar China, Li Zhaoxing selaku Pengerusi Sidang Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik PBB ke-60 menyampaikan ucapan dalam ucacara penutupan. Beliau membuat kesimpulan tentang persepakatan penting mengenai meningkatkan kerjasama serantau, menghadapi cabaran globalisasi yang dicapai dalam sidang kali ini, disampin itu, beliau juga menegaskan pelbagai negara Asia-Pasifik perlu berusaha memelihara perdamaian serantau, hidup bersama secara damai, meningkatkan kerjasama serantau, mencapai perkembangan bersama, dan meningkatkan peranan PBB.
|