Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-28 19:59:05    
Puspa

CRI

Nama saya Chang Shan. Nama Melayu saya Puspa. Saya siswazah Jurusan Bahasa Melayu, Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing atau Beijing Foreign Studies University.

Pada September 2003, saya menjadi anggota baru Bahagian Bahasa Melayu, CRI. Sekarang, saya mengelolakan rancangan "Salam Muhibah" dalam ruangan "Citra Pendengar" yang disiarkan pada pukul 5.55 petang setiap Jumaat dan juga menguruskan surat-surat dan e-mel dari pendengar. Saya seronok dengan tugas ini kerana usaha saya memungkinkan terjalinnya hubungan interaktif antara kami dengan para pendengar, dan di kalangan para pendengar sendiri. Selain itu, rancangan "Salam Muhibah" juga telah menyediakan ruangan yang menarik untuk membolehkan para pendengar dapat menyertai program-program yang kami siarkan. Kami mengalu-alukan saudara menulis surat dan menghantar gambar saudara kepada kami sama ada melalui e-mel atau surat. Dengan adanya surat saudara, kami dapat mengetahui pandangan dan cadangan membina daripada para pendengar demi meningkatkan mutu siaran kami. Menerusi ruangan ini juga, para pendengar CRI boleh berkenalan antara satu sama lain serta dapat berinteraksi bersama.

Semoga rancangan "Salam Muhibah" semakin mempererat persahabatan antara kita. Saya berharap saya dapat menjadi teman akrab saudara dan menjadikan siaran bahasa Melayu, CRI sebagai teman saudara setiap hari.