Wartawan CRI melaporkan, pihak polis Thailand bertempur dengan pengganas di beberapa pusat pemeriksaan di Yala dan Pattani, selatan Thailand hari ini. Sekurang-kurangnya 93orang pengganas ditembak mati, 3 orang polis terkorban dan 7 anggota polis yang lain cedera.
Menurut maklumat pihak polis tempatan, pengganas pada masa hampir sama telah melancarkan serangan terhadap polis di 10 tempat di 3 provinsi tersebut, mereka berhasrat merompak senjata, pihak polis segera menyerang balas.
Sejak tahun ini, situasi di 3 provinsi di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia bergolak, kejadian kekerasan terhadap kakitangan kerajaan dan rakyat jelata selalu berlaku yang mengakibatkan beberapa puluh orang mati.
|