Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-28 15:16:08    
Wabab SARS Dikawal di China

Harian Renmin Ribao
Menurut Akhbar Harian Ren Min Ribao, Naib Menteri Kesihatan China, Gao Qiang semalam ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa wabak SARS baru di China telah dikawal, China berazam dan berkemampuan mencegah dan merawat pesakit SARS.

Gao Qiang berkata, selepas menerima maklumat dari provinsi Anhui dan Beijing tentang wabak SARS, Kementerian Kesihatan China segera mengumumkan maklumat itu ke seluruh China, menetapkan kerja pencegahan SARS seluruh China. Bandar Beijing telah menutup makmal penyelidikan SARS, pegawai yang menyebabkan seorang pegawai penyelidiknya dijangkiti SARS dan mereka yang telah berhubung rapat dengannya. Serentak itu, China telah memaklumkan wabak SARS terkini kepada WHO, Hong Kong dan Makau, Persatuan Palang Merah China pula telah memaklumkan keadaan itu kepada Persatuan Palang Merah Taiwan. WHO memuji tindakan China mengumumkan wabak SARS dengan segera dan berpendapat bahawa tindakan China itu berkesan dan tidak akan menyebabkan perbakan wabak yang serius.