Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-28 15:23:27    
Thailand, Kanada dan Jepun Tingkatkan Tindakan Antikeganasan

cri
Wartawan CRI melaporkan bahawa selepas menerima ancaman keganasan, kerajaan Thailand telah meningkatkan Tahap keselamatan terhadap Kedutaan dan pejabat Kuwait di Bangkok. Pihak kanada dan Jepun masing-masing menyatakan akan meningkatkan keselamatan semalam.

Duta besar Kuwait di Thailand, Khalid Al-Shebani berkata di Bangkok semalam bahawa kedutaan Kuwait di Thailand telah menerima surat ancaman pada 2 hari yang lalu yang mengancam akan mengebom kapal terbang awam dari Bangkok ke Filipina. Beliau berkata, selepas memaklumkan perkara tersebut kepada Kementerian Luar Thailand, pihak Thailand segera menambah anggota keselamatan berkawal di kedutaan Kuwait dan pejabat penerbangan Kuwait di Thailand serta mengambil tindakan keselamatan yang perlu.

Diberitakan lagi, Kanada dan Jepun semalam juga masing-masing menyatakan akan meningkatkan tahap keselamatan untuk mencegah pengganas melancarkan serangan.