Cik Gu Honglin yang berasal dari Provinsi Anhui, China, akan menamatkan pengajiannya dalam jurusan petroleum di universiti tahun ini. Beliau akan mencari kerja di beberapa perusahaan petrokimia yang besar di China termasuk Kumpulan Petrokimia China dan Kumpulan Petroleum China. Selain itu, beliau juga telah mengirim biodatanya kepada beberapa perusahaan petrokimia di provinsi dan bandar yang lain. Beliau berkata kepada wartawan bahawa peluang kerja bagi siswazah dalam jurusan itu amat terhad sehingga susah mendapat kerja di Beijing. Maka, beliau sudah bersedia mencari kerja di tempat lain jika gagal mendapat kerja di Beijing.
Pada 14 Feb, "Pameran Peluang Kerja Musim Bunga Tahun 2004" diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Beijing. Sebanyak 1,690 buah perusahaan telah menyertai pameran tersebut dan menyediakan sebanyak 35 ribu jawatan kosong. 8 balai di pameran tersebut dibanjiri oleh 85 ribu orang dalam tempoh 2 hari sahaja. Serentak itu, "Pameran Pertukaran Kepakaran Kebangsaan China" yang diadakan pada masa yang sama juga dibanjiri oleh lebih 40 ribu orang pada sehari sahaja. Bagi kebanyakan siswazah, kedua-dua pameran tersebut merupakan peluang yang baik untuk mencari kerja. Bagaimanapun, kebanyakan perusahaan menjelaskan bahawa mereka memerlukan pemohon kerja yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun. Ada perusahaan bahkan menjelaskan mereka tidak menerima pekerja baru di kalangan siswazah yang baru tamat pengajian. Mereka berpendapat bahawa pihak perusahaan akan menggunakan banyak tenaga manusia dan membiayakan banyak perbelanjaan untuk memberi latihan kepada pekerja baru di kalangan siswazah yang baru tamat pengajian, selain itu, ramai siswazah selalu berhasrat untuk bertukar ke perusahaan lain setelah bekerja selama 2 atau 3 tahun. Maka, mereka tidak ingin menerima siswazah yang baru tamat pengajian.
Encik Li Ming, seorang siswazah yang baru menamatkan pengajian dari Fakulti Kejuruteraan Mesin di satu universiti yang ternama, beliau merupakan ahli jawatankuasa persatuan mahasiswa. Biodata dan maklumat pendidikan beliau lebih baik daripada ramai pelajar yang seumur dengannya. Tetapi sewaktu beliau mencari kerja di satu unit kerja, hanya setelah ditanya "Adakah saudara mempunyai pengalaman kerja?", pihak unit kerja itu turut mengembalikan biodata dan maklumat pendidikan beliau.
Disebabkan perusahaan lebih mementingkan kepakaran seseorang pekerja, maka, ramai siswazah ditolak dengan sopan sebelum menunjukkan biodata dan maklumat pendidikan mereka. Menyentuh hal itu, kebanyakan siswazah tidak boleh berbuat apa-apa, dan juga menyatakan mereka faham dan menerimanya.
Kerana susah mendapat kerja, para siswazah mencari kerja yang biasa berbanding pada tahun lalu. Ramai orang bersetuju perlu terlebih dahulu mencari kerja yang gajinya dan pangkatnya rendah. Selain itu, para siswazah juga tertarik dengan peluang kerja yang disediakan oleh unit kerja di provinsi lain. Mereka mempunyai pandangan yang sama dengan Cik Gu Honglin.
Biodata dan maklumat pendidikan yang disediakan oleh para siswazah juga mengalami perubahan iaitu: pertama, menjadi lebih ringkas dan jelas, dan kebanyakannya hanya terdiri daripada 1 hingga 2 halaman sahaja. Seorang siswazah yang berasal dari Bandar Beijing berkata, "Kakitangan unit kerja akan membaca ribuan biodata tentang pemohon kerja setiap hari sehingga tidak mungkin menghabiskan terlalu banyak masa untuk membaca setiap biodata itu. Maka, kami harus menjelaskan keadaan diri sendiri dalam sehalaman kertas sahaja", kedua, kebanyakan siswazah tidak lagi sembarangan mengirim biodata mereka kepada banyak unit kerja. Mereka menyedari situasi sekarang susah mendapat kerja di Beijing, dan dengan baik menganalisis keadaan diri sendiri supaya dapat mengirimkan biodata kepada unit kerja yang sesuai.
Seorang pegawai Jabatan Panduan Jawatan Kosong, Pusat Perkhidmatan Maklumat Siswazah Institusi Pengajian Tinggi China memaklumkan bahawa jumlah siswazah China telah meningkat dengan cepat sejak tahun 2001, manakala jumlah jawatan kosong agak terhad, maka, siswazah sekarang akan menerima kerja yang biasa.
----Azmi
|