Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China, banyak isu muncul dalam pelantikan pegawai di China. Sehubungan dengan itu, Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China menetapkan, anggota Parti dan rakyat jelata harus mempunyai hak pengetahuan, penyertaan, pemilihan dan penyeliaan terhadap pelantikan pegawai China.
Sistem pelantikan pegawai harus dilakukan pembaharuan untuk membolehkan rakyat mempunyai hak tersebut. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sistem pelantikan pegawai secara terbuka telah dilaksanakan terhadap pegawai tempatan yang jawatannya di bawah peringkat pengarah. Manakala sistem baru yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Provinsi Guangdong Parti Komunis China merupakan pembaharuan baru terhadap sistem pelantikan pegawai China sekarang.
Baru-baru ini, Bahagian Organisasi Jawatankuasa Provinsi Guangdong Parti Komunis China telah mengumumkan secara rasmi "Cara Pemberitahuan tentang Pegawai Kanan Provinsi Sebelum Menyandang Jawatannya".
Menurut cara tersebut, pelantikan pelbagai pegawai peringkat ketua pengarah ke atas harus diumumkan sebelum mereka menyandang jawatan, misalnya pegawai yang akan dinaikkan pangkat, pegawai yang akan dipindahkan kerja dan pangkatnya dikekalkan, pegawai yang jawatannya akan ditukar, pegawai yang baru dicalonkan dan pegawai yang akan dilantik secara pemilihan.
Berdasarkan peraturan "Cara" itu, pemberitahuan harus diterbitkan dalam surat khabar peringkat provinsi, disiarkan dalam program TV dan ditampal pada papan kenyataan di pejabat atau kawasan berkaitan.
Dalam tempoh pengumuman pelantikan pegawai, sesiapa sahaja atau jabatan boleh memberi maklumat tentang kekurangan atau kesalahan pegawai itu kepada Bahagian Organisasi Jawatankuasa Provinsi Guangdong. Jika maklumat itu sukar diperoleh, pelantikan pegawai itu akan ditunda setelah mendapat persetujuan dari Jawatankuasa Provinsi Guangdong Parti Komunis China yang berkaitan, siasatan selanjutnya akan dijalankan; jika terdapat bukti bahawa pegawai itu tidak sesuai untuk menyandang jawatan itu, maka pelantikan pegawai itu akan dibatalkan.
Pembaharuan baru yang dilaksanakan di provinsi Guangdong terhadap sistem pelantikan pegawai ini benar-benar mencerminkan semangat Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China.
Tindakan ini mebolehkan orang awam mengetahui pegawai kanan berkaitan pernah menyandang jawatan apa, bagaimana keadaan pekerjaannya pada masa dahulu, apa kekurangan beliau dan lain-lain sebagainya. Tindakan ini dapat mengelakkan pegawai yang berpindah kerja dan pangkatnya dikekalkan dan pernah melakukan kesalahan dalam perkhidmatannya pada masa dahulu terus melakukan jenayah dalam kerja yang baru.
Menurut maklumat, pembaharuan terhadap sistem pelantikan pegawai juga berjaya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bandar Baicheng Provinsi Jilin Parti Komunis China. Menurut tindakan pembaharuan itu, pegawai peringkat naib pengarah dipilih secara sulit. Sejak bulan April tahun 2002 sehingga sekarang, seramai 464 calon pegawai dipilih secara pemilihan di bandar Baicheng, 44 antara mereka dinafikan kerana jumlah undi mereka tidak mencapai separuh.
----Ching
|