China menggubal "Undang-undang Kakitangan Awam" pada tahun ini untuk menggantikkan "Peraturan Sementara Kakitangan Awam China" yang telah diumumkan selama 10 tahun dahulu. Tindakan tersebut diambil bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sistem undang-undang pengurusan kakitangan awam China. Demikian dimaklumkan oleh Naib Menteri Personel China Shu Huiguo dalam Sidang Kebangsaan Ketua Pengarah Personel China.
Menurut makluman Shu Huiguo, "menyempurnakan sistem kakitangan awam, memangkin pembaharuan sistem personel badan kerajaan dan meningkatkan pembaharuan sisem pembayaran gaji" merupakan 3 kerja utama pembaharuan sistem personel China. Dalam bidang menyempurnakan sistem kakitangan awam China, selain merancang menggubal "Undang-undang kakitangan awam" pada tahun ini, China juga melaksanakan sistem kerja secara bersaing dalam badan kerajaan pelbagai peringkat China, meningkatkan pemeriksaan dan pengurusan klasifikasi kakitangan awam.
Menurut makluman Shu Huiguo, dalam bidang memangkin pembaharuan sistem personel badan kerajaan, sistem bekerja secara kontrak akan dilaksanakan secara menyeluruh dalam badan kerajaan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun, dan sistem itu akan dimantapkan dan distandardkan dalam tempoh kira-kira 5 tahun.
Menurut pakar berkaitan, sekarang di China terdapat sebanyak lebih 1.3 juta badan kerajaan dengan jumlah pekerja hampir 30 juta orang. Badan kerajaan China meliputi kalangan pendidikan, sains, kebudayaan dan kesihatan serta bidang media massa dan tertumpu kepada tenaga profesional. Melaksanakan sistem bekerja secara kontrak merupakan tindakan penting bagi menggalakkan inisiatif dan kreativiti para pekerja dan meningkatkan kualiti seluruh badan kerajaan.
Encik Shu Huiguo menyatakan, dasar dan peraturan berkaitan harus dikaji dan ditetapkan serta menambah peruntukan untuk latihan tenaga profesional dengan segera, membentuk mekanisme dan iklim yang menggalakkan inovasi, memilih pekerja yang baik secara bersaing. Beliau menambah, melaksanakan strategi pembangunan negara dengan menggunakan tenaga profesional, melatih secara terancang pelbagai tenaga profesional kakitangan awam dalam bidang teknologi, pengurusan urus niaga perusahaan dan lain-lain sebagainya, menyempurnakan dasar dan struktur, serta meningkatkan kualiti dan taraf penerokaan tenaga profesional, membentuk keunggulan sumber tenaga profesional China untuk mempercepat proses pembangunan industri baru dan modenisasi China.
Menurut makluman Encik Shu Huiguo, membentuk dan menyempurnakan dengan cepat bank maklumat pakar peringkat tinggi negara, memangkin maklumat tenaga profesional dikongsi bersama oleh pelbagai lapisan masyarakat, melatih dengan segera tenaga profesional yang diperlukan dengan mendesak, khususnya tenaga profesional yang bertugas di desa dan perusahaan mukim dan pekan, agar seramai lebih 10 juta tenaga profesional dalam bidang sains dan teknologi pertanian moden berjaya dilatih di desa China.
----Ching
|