"Ekspo Pendidikan dan Profesion" yang dianjurkan oleh Biro Perdagangan dan Pembangunan Hong Kong telah dirasmikan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Hong Kong baru-baru ini. Dalam ekspo tradisional yang pelajar Hong Kong mencari tempat untuk bekerja dan belajar itu, institusi pengajian tinggi di tanah besar China menarik perhatian ramai pelajar.
Ramai pelajar Hong Kong dan ibubapa mereka menonton vedio, mengemukakan pertanyaan dan meminta bahan-bahan tentang keadaan dari Universiti Tianjin, Universiti Perguruan Huazhong, Universiti Jilin dan lain-lain. Apabila wartawan bertanya, kenapa hendak belajar universiti di tanah besar China? Para pelajar dan ibubapa mereka berkata, "taraf pendidikan di universiti di tanah besar tinggi"; "adat resam kehidupan mirip dengan di Hong Kong"; "belanja sekolah lebih mudah daripada di luar negara"; "pembangunan di tanah besar amat pesat, peluang kerja banyak" dan lain-lain.
Pegawai Syarikat Penasihat Qiyi Berhad Encik Jiang Anlu memberitahu wartawan, perkataan tersebut merupakan sebab utama pelajar Hong Kong ingin belajar di tanah besar. Syarikat Penasihat Qiyi Berhad merupakan sebuah syarikat perkhidmatan di Hong Kong. Tugas mereka adalah menyediakan maklumat dan bantuan lain kepada pelajar Hong Kong yang hendak belajar di tanah besar. Syarikat itu juga membuka pejabat di bandar Shanghai. Dalam Ekspo kali ini, syarikat itu membuka kursus yang bertema "Cara cekap untuk belajar di universiti yang terkenal di tanah besar" dan Encik Jiang Anlu memberi syarahan.
Encik Jiang Anlu memberitahu wartawan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan pembangunan yang pesat di tanah besar dan persefahaman yang lebih mendalam pemuda Hong Kong terhadap tanah air, cara tradisional pelajar Hong Kong yang memilih untuk belajar di univeristi di Eropah, A.S. dan Australia telah berubah, semakin ramai pelajar mempertimbangkan untuk belajar dan bekerja di tanah besar China. Menurut kajian, lebih 30% pelajar Hong Kong bersedia belajar di tanah besar. Akan tetapi, kerana perbezaan mata pelajaran dan cara peperiksaan antara universiti di tanah besar dengan di Hong Kong, kadar pelajar Hong Kong yang masuk ke sekolah yang lebih tinggi tingkatnya amat rendah dalam pemeriksaan yang dijalankan di tanah besar, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran di universiti terkenal di tanah besar lebih berkurangan. Ada beberapa pelajar Hong Kong terpaksa menghentikan pelajarannya kerana tidak bersesuaian dengan cara pembelajaran di tanah besar. Sehubungan dengan itu, Syarikat Penasihat Qiyi Berhad memutuskan untuk membuka kursus persiapan bagi pelajar Hong Kong belajar di tanah besar.
Encik Jiang Anlu menyatakan, "Tempoh pelajaran kursus persiapan selama setahun. Pembelajaran diulangi dalam kursus itu dan ini bermanfaat bagi pelajar Hong Kong menyertai peperiksaan yang dijalankan di tanah besar; selain itu, kursus itu dibuka di kampus universiti di tanah besar. Ini bermanfaat bagi pelajar Hong Kong mengenali dan berhubung dengan kebudayaan kampus universiti itu dan bermanfaat bagi pembelajaran mereka pada masa depan. Manakala pengalaman pembelajaran dan kehidupan mereka di tanah besar bermanfaat bagi pelajar Hong Kong tersebut bekerja di tanah besar."
Menurut maklumat, syarikat itu memambil pelajar untuk Univeristi Komunikasi Shanghai buat kali pertama pada tahun lalu dan mendapat sambutan. Seramai 100 pelajar telah diambil. Pada tahun ini, syarikat itu akan terus mengambil pelajar Hong Kong untuk Univeristi Komunikasi Shanghai, Universiti Fudan dan Universiti Tsinghua.
----Ching
|