China selalunya hebat dalam acara olahraga Sukan Olimpik dan meraih banyak pingat emas. Dalam Sukan Olimpik Sydney, atlet China Wang Liping menjadi johan dalam acara 20 KM jalan kaki wanita, itu juga merupakan satu-satunya pingat emas olahraga yang diraih oleh skuad China dalam sukan Olimpik kali lepas. Sekarang, taraf olahraga atlet China sudah tinggi, apa sasaran atlet olahraga China dalam sukan Olimpik Athens kali ini?
Acara olahraga bagi kontinjen China tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan acara menembak, acara junam atau ping pong. Walaupun China pernah mendapat pingat emas dalam sukan Olimpik yang lalu, tetapi taraf atlet olahraga China belum cukup tinggi. Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, atlet olahraga China sedang berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik Athens. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, atlet olahraga China sudah mencapai kejayaan dalam beberapa acara dalam pertandingan bertaraf dunia, taraf atlet olahraga China sudah ditingkatkan. Ini telah meletakkan asas yang baik kepada China untuk mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik Athens. Apa acara olahraga yang paling penting kepada China? Naib Pengerusi Persatuan Olahraga China Wang Dawei berkata,
"Sasaran tertinggi kami dalam sukan Olimpik ialah meraih pingat emas. Berdasarkan keadaan sekarang, kami berharap meraih 2 pingat dalam 4 acara yang penting, iaitu 110 meter lari lompat pagar lelaki, jalan kaki wanita, lari jarak jauh dan sederhana wanita dan baling tukul besi wanita. Berdasarkan 2 pingat tersebut, kami berusaha mendapat satu pingat emas. Selain itu, kami akan berusaha menduduki 8 tempat teratas dalam 5 hingga 7 acara lain."
Atlet lari lompat pagar lelaki Liu Xiang dan atlet lari jarak jauh dan sederhana wanita Sun Yingjie sangat hebat dalam pertandingan antarabangsa dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Liu Xiang meraih pingat gangsa acara 110 meter lari lompat pagar lelaki dalam kejohanan olahraga dunia dan pingat perak acara 60 meter lari lompat pagar lelaki dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia. Sun Yingjie menduduki tempat ke-3 dalam acara 1000 meter lari jauh wanita kejohanan dunia dan menduduki tempat kedua tahun 2003 dalam perlumbaan maraton wanita dengan catatan masa 2 jam 19 minit. Kejayaan tersebut telah meningkatkan keyakinan atlet olahraga China. Liu Xiang dan Sun Yingjie juga dianggap sebagai atlet olahraga China yang mempunyai harapan paling besar untuk mendapat pingat dalam sukan Olimpik. Wang Dawei berkata, "Liu Xiang berjaya meningkatkan tarafnya dengan sangat cepat, kejayaannya dalam pertandingan 60 meter lari lompat pagar lelaki Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia tahun ini mempunyai kesan yang penting. China sudah lama mempunyai kelebihan dalam acara lari jarak jauh dan sederhana wanita, terdapat ramai atlet China yang hebat dalam acara tersebut termasuk Sun Yingjie, China juga berharap mendapat pingat dalam acara itu dalam sukan Olimpik nanti."
China juga mempunyai harapan untuk meraih pingat dalam acara 20 KM jalan kaki wanita dalam sukan Olimpik Athens. Sebelum itu, atlet China pernah mencapai banyak kejayaan dalam acara tersebut, khususnya dalam sukan Olimpik Sydney lepas, Wang Liping menduduki tempat pertama dalam pertandingan 20 kilometer jalan kaki wanita dan pingat emas itu merupakan satu-satunya pingat emas untuk China dalam sukan Olimpik itu. Tetapi selepas itu, sukan jalan kaki wanita menurun, persatuan berjalan kaki wanita telah menetapkan rancangan latihan yang baru dan rancangan latihan itu sudah mencapai kesannya. Ketua jurulatih pasukan olahraga China Feng Shuyong berpendapat, dengan latihan yang bersungguh-sungguh, atlet China berpengharapan untuk mencapai kejayaan dalam sukan Olimpik Athens. Beliau berkata, "Dalam kejohanan berjalan kaki kebangsaan China dan juga kejohanan kelayakan sukan Olimpik yang diadakan tidak lama dahulu, atlet China sudah mencapai kemajuan yang ketara. Dalam latihan musim sejuk yang diadakan selama lebih 20 hari, kami telah mengumpulkan atlet jalan kaki dari seluruh China di Provinsi Yunnan, matlamat utama latihan itu ialah melatih atlet China berdasarkan tuntutan pertandingan antarabangsa."
Feng Shu Yong berpendapat, dalam 4 acara yang China mungkin meraih pingat, taraf acara baling tukul besi wanita China lebih rendah. Rekod atlet China yang terbaik dalam acara itu ialah atlet Gu Yuan yang menduduki tempat ke-4 dalam kejohanan dunia pada tahun lalu, beliau juga menduduki tempat ke-6 dalam kejohanan tertutup yang diadakan pada tahun ini. Tetapi dalam pertandingan baling tukul besi wanita kebangsaan China yang berakhir pada Mac lalu, Zhang Wenxiu yang baru berumur 17 tahun mencipta rekod 92.95 meter, lebih jauh hampir satu meter berbanding rekod Asia yang dipegang oleh Gu Yuan. Kedua-dua atlet China tersebut akan berusaha meraih pingat dalam sukan Olimpik Athens.
Feng Shuyong menyatakan, selain meraih pingat, kontinjen China juga akan berusaha menduduki tempat ke-8 teratas dalam beberapa acara olahraga sukan Olimpik Athens dan menumpulkan pengalaman untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, acara olahraga tersebut termasuk maraton wanita, lempar cakra wanita, lompat jauh wanita, lompat tinggi bergalah wanita, dekatlon lelaki dan lain-lain.
Encik Feng Shuyong menyatakan, atlet China lebih muda, tarafnya boleh ditingkatkan lagi. Tujuan kami dalam sukan Olimpik Athens ialah melatih atlet dan mengadakan persiapan untuk sukan Olimpik Beijing 2008.
----Andika
|