Sidang Tahunan 2004 Forum Asia Boao telah berakhir pada 25 April. Seramai lebih 1000 orang peserta, antaranya terdapat peminpin, usahawan dan pakar dari Asia serta negara dan kawasan yang lain telah menghadiri sidang tahunan 2004 Forum Asia Boao selama dua hari itu. Pada hadirin mengadakan rundingan yang mendalam tentang "Asia yang terbuka mencapai kejayaan bersama". Dalam majlis perasmian sidang tahunan tersebut Presiden China Hu Jintao menyampaikan ucapan yang bertajuk "Pengembangan China, Peluang Asia". Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru negara Asia mengadakan kerjasama yang lebih erat untuk mencapai saling menguntungkan. Pengembangan Asia sekali lagi menjadi tumpuan perhatian dunia.
Selepas sidang tahunan kali ini, wartawan kami CRI telah mewawancarai Anggota Majlis Eksekutif Pusat Pengajian Strategi Negara Indonesia, Doktor Mari Pengestu. Beliau berpengalaman lama dalam pengajian ekonomi antarabangsa dan ekonomi Asia Selatan dan Timur dan sekarang ini menjawat jawatan sebagai ahli penyelaras hal-ehwal perdagangan dan pelaburan APEC. Ketika diwawancara, Doktor Mari Pengestu telah memperkenalkan pandangan beliau tentang Sidang Tahunan 2004 Forum Asia Boao, isu globalisasi ekonomi serta peluang dan cabaran yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaan Asia.
|