Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-30 20:34:48    
Kota Nanning Sambut Ekspo China-ASEAN

CRI
Pada 27 April, skrin elektronik papan pengiraan masa yang didirikan di tepi jalan Minzu, jalan yang paling lebar di kota Nanning, tercatat 190 hari lagi 3 November 2004, perasmian Ekspo China-ASEAN".

Pada tahun 2004, bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China telah menjadi tumpuan perhatian masyarakat kerana kota Nanning telah dipilih sebagai tuan rumah kekal Ekspo China-ASEAN, ia merupakan ekspo pertama yang menyelenggarakan urusan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi dan teknologi serantau selepas China menganggotai WTO.

Sekarang Ekspo China-ASEAN telah menjadi topik utama penduduk Nanning. Cik Li Ni, 19 tahun, pelajar Institut Bangsa Guangxi. Beliau berkata, Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan di Nanning bukan sahaja menjadikannya dapat mengenali lebih ramai kawan dari negara ASEAN tetapi juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepadanya selepas menamatkan pengajian pada 3 tahun akan datang.

Baru baru ini, dalam seminar yang diadakan di kawasan kediaman Xinju kota itu, Li Ni telah mengenali beberapa orang pelajar dari kelas Penyelidikan Peringkat Tinggi Pegawai Muda Antarabangsa. Pada awal tahun ini, 39 orang belia dari negara ASEAN telah diundang menyandang jawatan penolong ketua pengarah pusat belia di 8 kawasan kediaman di kota Nanning. Mereka membantu pegawai kawasan kediaman menperkenalkan kebudayaan Asia Tenggara.

Beliau telah bertukar-tukar pendapat dengan pemuda-pemuda dari Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Thailand untuk meningkatkan pengetahuannya tentang adat resam dan kebudayaan Asia Tenggara. Li Ni berkata, "mulai tahun ini, Ekspo China-ASEAN akan diadakan di Nanning setahun sekali, kami akan berpeluang mengenali lebih banyak kawan dari negara ASEAN." Beliau sekarang sedang belajar bahasa Vietnam dan Thailand, serta berharap dapat mencari kerja di Vietnam atau Thailand yang melibatkan pertukaran kebudayaan antara China dengan negara lain selepas tamat pengajian di universiti.

Encik zhang Wenquan, pekerja di syarikat hartana selama 7 tahun, beliau berpendapat bahawa Ekspo China-ASEAN akan mencipta pasaran yang besar, sektor hartanah Nanning tentu akan berkembang pesat.

Baru-baru ini, kerajaan Nanning telah mengemukakan rancangan pembangunan bandar kota Nanning, Ekspo China-ASEAN akan meningkatkan nama kota Nanning dan menarik lebih ramai perusahaan dan pekerja datang ke Nanning.

Datuk bandar Nanning, Lin Guoqiang berkata, menganjurkan Ekspo dan menyediakan perkhidmatan yang baik kepada Ekspo itu merupakan tumpuan utama beliau. Ekspo China-ASEAN pertama dijangka akan menarik lebih 20 ribu orang tetamu dari dalam dan luar negeri. Bagaimana menyediakan perkhidmatan yang sempurna termasuk penyediaan makanan, hotel, pengangkutan, kewangan dalam persidangan itu merupakan ujian besar bagi kota Nanning.

Dalam upacara pembinaan pangkalan sayur-sayuran Ekspo China-ASEAN, Lin Guoqiang berkata, "kota Nanning telah menyediakan pangkalan sayur-sayuran seluas lebih 430 hektar, ini akan menyediakan bekalan sayur-sayuran tampa pencemaran kepada para tetamu."

Sekarang kota Nanning sedang meningkatkan infrastruktur, antaranya lebih 50 buah projek adalah khusus untuk menyediakan perkhidmatan kepada Ekspo China-ASEAN, termasuk Zon Ekonomi China-ASEAN dan pembinaan semula lapangan terbang antarabangsa Nanning.