Menurut Agensi Berita Xinhua, momorandum persefahaman "Pembangunan Berterusan Pertanian (fasal kedua)" dan "Perkhidmatan Kesihatan Binatang Ternakan" China-Kanada telah ditandatangani di Beijing semalam.
Menurut taklimat, projek "pembangunan berterusan pertanian (fasal kedua)" akan menyokong kawasan barat China memperbaiki teknologi pengurusan tanah dan memangkin penggunaan berterusan tanah di kawasan tersebut. Projek "perkhidmatan kesihatan binatang ternakan" akan membantu kawasan mundur di bahagian barat China meningkatkan kesihatan binatang ternakan untuk meningkatkan pendapatan petani. Menurut memorandum itu, kerajaan Kanada akan memberikan bantuan pembangunan yang bernilai 29.85 juta dolar Amerika kepada China.
|