Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-30 10:47:32    
Malaysia Tingkatkan Kawalan di Sempadan Utara

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Najib Tun Razak semalam berkata, polis dan tentera Malaysia telah membuat gerakan tertentu sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak kemungkinan berlaku penyeberangan masuk secara beramai-ramai penduduk di selatan Thailand ke Malaysia.

Najib memaklumkan pihak media di Kuala Lumpur bahawa Malaysia tidak boleh mejadi pangkalan atau tempat sembunyi pengganas negara jiran. Malaysia belum menutup sempadan Malaysia-Thailand tetapi sudah meningkatkan pemeriksaan terhadap orang yang melintasi sempadan.

Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar menyatakan, Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap situasi di selatan Thailand dan berharap rusuhan di sana jangan merebak ke Malaysia.