|
Wartawan CRI melaporkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam di Geneva menegaskan bahawa wabak SARS di China tidak akan mengancam kesihatan awam.
Jurucakap WHO, Puan Maria Cheng dalam sidang akhbar menyatakan, oleh sebab wabak SARS hanya ditemui di tempat tertentu di China dan kerajaan China sudah mengambil tindakan berkesan, ini tidak akan mengancam kesihatan orang awam. Jurucakap itu menambah, walaupun kes kebarangkalian di provinsi Anhui China dikenalpasti pesakit SARS, tetapi ini tidak boleh mengubah kenyataan tersebut.
|