Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-01 15:44:02    
Goh Chok Tong Optimis terhadap Prospek Ekonomi Singapura

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong semalam bersikap optimis terhadap prospek perkembangan ekonominya pada tahun ini dan menganggap bahawa kadar pertumbuhan ekonomi di negara itu akan mencapai 5% pada tahun ini.

Goh Chok Tong dalam ucapannya untuk menyambut Hari Raya Pekerja Antarabangsa "1 Mei" menyatakan bahawa ekonomi Singapura tetap memelihara trend perkembangan yang pesat selepas ia mulai dipulih pada setengah tahun kedua tahun yang lalu. Kadar pertumbuhan ekonomi Singapura mencatat 7.3% pada 3 bulan pertama tahun ini. Beliau berpendapat bahawa kadar pertumbuhan ekonomi akan mencapai 5% pada tahun ini jika tidak mengalami faktor di luar dugaan.

Beliau menjelaskan, kadar pengangguran dijangka akan menurun seiring pasaran pekerja yang semakin diperbaiki di Singapura pada masa ini. Selain itu, iklim luar bagi perkembangan ekonomi Singapura juga stabil pada beberapa bulan akan datang.