Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-03 14:26:46    
Myanmar Tingkatkan Kerjasama Antidadah dengan Negara Jiran

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pihak media rasmi Myanmar hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri Khin Nyunt semalam di Yangon menyatakan bahawa Myanmar akan meningkatkan kerjasama antidadah dengan China dan negara jirannya serta pertubuhan antarabangsa.

Dalam Sidang Khas Suruhanjaya Antidadah Negara, Khin Nyunt berkata, Myanmar melaksanakan rancangan antidadah 15 tahun bermula tahunan 1999 - 2000. Matlamat dalam tempoh lima tahun pertama sudah dicapai, usaha dan kejayaan negara itu telah diakui oleh masyarakat antarabangsa termasuk PBB dan A.S.

Tempoh pelaksanaan rancangan antidadahnya lima tahun kedua bermula pada bulan April tahun ini. Khin Nyunt menuntut pelbagai badan kerajaan bersungguh-sungguh dan mengeratkan kerjasama untuk mewujudkan matlamat tersebut.