Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-03 15:11:06    
Ekonomi Tibet Suku Tahun Pertama Tingkatkan 12.6%

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan perangkaan peringkat awal Biro Statistik Wilayah Autonomi Tibet China, jumlah keluaran Tibet pada suku tahun pertama tahun ini mencapai 3.8 bilion Yuan RMB dan meningkat 12.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sejak tahun ini, Wilayah Autonomi Tibet China mengutamakan usaha menambahkan pengeluaran pertanian dan peternakan serta pendapatan petani dan penggembala, berdasarkan memelihara dan menstabilkan pengeluaran bahan makanan terus mendorong penyusun semula struktur penanaman. Pendapatan petani dan penggembala meningkat 20% pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Menurut statistik, pengeluaran industri dan perdagangan luar Tibet turut bertambah banyak berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.