Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-06 14:52:21    
Purata 32 Pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah China Milik Satu Komputer

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua: Berdasarkan maklumat dari Kementerian Pendidikan China, pendidikan teknologi maklumat di sekolah menengah dan sekolah rendah China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Setakat penghujung tahun 2003, purata 32 pelajar memiliki satu komputer, laman web kampus berjumlah 35 ribu di seluruh negara.

Berdasarkan maklumat pegawai Kementerian Pendidikan China, kerajaan China telah memperuntukkan 1.3 bilion Yuan RMB pada dua tahun kebelakangan ini untuk melaksanakan kerja percubaan pendidikan jarak jauh di sekolah menengah dan sekolah rendah desa di kawasan bahagian tengah dan barat China. Kerajaan China berusaha untuk mewujudkan sekolah menengah di desa China memiliki bilik darjah komputer dan dan sekolah rendah memiliki sistem video pengajaran digital dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.