Menurut Agensi Berita Xinhua: Menteri Luar Indonesia Hasan Wirayuda dan Menteri Luar Malaysia Syed Hamid Albar semalam mengeluarkan kenyataan menyatakan, sebagai negara di sepanjang Selat Melaka, Indonesia dan Malaysia berhak menjamin keselamatan Selat Melaka.
Dalam sidang akhbar yang diadakan bersama, Hasan Wirayuda dan Syed Hamid Albar menyatakan, Indonesia dan Malaysia akan bekerjasama dengan Singapura untuk membanteras kegiatan lanun di kawasan Selat Melaka.
Syed Hamid Albar menyeru negara-negara di sepanjang Selat Melaka meningkatkan kerjasama melalui dialog, mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan di kawasan itu.
|