|
Sebagai kawasan terdepan dalam Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, Provinsi Yunnan China sudah menubuhkan 11 pusat laluan peringkat kebangsaan, 9 pusat laluan peringkat provinsi dan 89 pusat laluan yang biasa setelah dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China selama lebih 20 tahun lalu, pusat laluan tersebut telah memudahkan pedagang dari China dan negara-negara ASEAN dan mendorong perdagangan antara kedua-dua pihak. Sekarang kami memperkenalkan beberapa pusat laluan yang penting di Provinsi Yunnan.
Lapangan terbang antarabangsa Kunming ialah pusat laluan peringkat kebangsaan, ia terletak di Wujiaba di pinggir Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan dan merupakan salah satu daripada 5 pusat laluan penerbangan yang dibuka paling awal di China. Sekarang, terdapat lebih 80 laluan penerbangan dari Kunming ke bandar raya yang penting di tempat lain di China termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Urumuqi dan lain-lain, juga terdapat banyak laluan penerbangan dalam Provinsi Yunnan termasuk Jinghong, Simao, Mangshi, Baoshan dan lain-lain. Syarikat penerbangan China menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Yangon, Vientiane, Singapura, Chiang Mai, Bangkok, Kuala Lumpur dan Hong Kong dari Kunming. Landasan kapal terbang Kunming sepanjang 3400 meter, lebarnya 45 meter, mempu menampung kapal terbang awam yang besar termasuk Boeing-747, A-320 dan lain-lain berlepas dan mendarat di lapangan terbang tersebut. Terminal pesawatnya seluas 97.5 ribu meter persegi, boleh menampung 9 buah kapal terbang awam yang besar dan sederhana. Lapangan terbang itu mempunyai sistem telekomunikasi dan panduan penerbangan yang moden. Terminal penumpangnya seluas 17 ribu meter persegi, pelbagai kemudahan disediakan dengan lengkap, dan boleh menampung 1200 orang penumpang perjam. Lapangan terbang Kunming juga mempunyai gedung Kargo seluas 2000 meter persegi, balai penjualan tiket seluas 2500 meter persegi. Sesuai dengan pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sektor pelancongan yang pesat, kerajaan Yunnan setelah memperbaiki dan memperluas lapangan terbang Kunming, agar lapangan terbang itu boleh menampung lebih 10 juta orang penumpang setiap tahun. Pusat laluan lapangan terbang Kunming berjaya menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dokumen perjalanan, kastam, kuarantin kesihatan dan kuarantin haiwan dan tumbuhan, pemeriksaan komoditi import-eksport serta perkhidmatan visa, pertukaran wang asing.
Pusat laluan penerbangan Xishuangbanna yang terletak 5 kilometer dari Bandar Jinghong Xishuangbanna juga merupakan pusat laluan peringkat kebangsaan, dan merupakan pusat laluan penerbangan kedua di Provinsi Yunnan yang dibuka kepada pesawat asing setelah pusat laluan penerbangan Kunming. Pusat laluan Xishuangbanna ditubuhkan pada 7 April 1990, landasan kapal terbangnya sepanjang 2200 meter, lebarnya 45 meter, sistem telekomunikasi dan panduan penerbangan agak lengkap. pada September tahun 1993, Provinsi Yunnan dan Kawasan Autonomi Xishuangbanna bersama-sama memperbaiki lapangan terbang itu, membina bangunan lapangan terbang yang bercirikan kesenian etnik Xishuangbanna, luasnya 3931 meter persegi, pelbagai kemudahan termasuk bekalan petroleum, bekalan elektrik, kaji cuaca dan lain-lain sangat lengkap, sudah mematuhi standard sebagai pusat laluan penerbangan antarabangsa. Pusat laluan penerbangan Xishuangbanna menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dokumen perjalanan, kastam, kuarantin kesihatan, kuarantin haiwan dan tumbuhan serta pemeriksaan komoditi.

Pusat laluan Ruili terletak di Bandar Ruili Kawasan Autonomi Dehong dan bersempadan dengan Myanmar di sebelah tenggara, barat daya dan barat laut, sempadannya sepanjang 141.4 kilometer, dan merupakan pusat laluan peringkat kebangsaan yang paling awal dibuka. Sekarang, jumlah komoditi yang dieksport melalui pusat laluan itu mencapai lebih 2000 jenis, jumlah komoditi yang diimport melalui pusat itu mencapai lebih 200 jenis, banyak komoditi dieksport dari Ruili ke Bangladesh, Thailand, Singapura, India dan negara Timur Tengah melalui Myanmar. Ruili sebagai bandar kawasan sempadan yang terbuka berdekatan pasaran perdagangan sempadan Kawasan Autonomi Dehong boleh menghubungkan rantau Asia tenggara, Asia selatan, Asia barat dan kawasan Timur Tengah dan menjadi pangkalan yang penting dalam dasar buka pintu Provinsi Yunnan China. Sekarang, Ruili sudah menubuhkan sistem ekonomi yang mengutamakan perdagangan, pelancongan, kewangan, perkhidmatan maklumat dan teknologi dan mempunyai kedudukan yang penting dalam perdagangan luar Kawasan Autonomi Dehong. Ruili merupakan destinasi pelancongan, mempunyai adat resam yang istimewa, pelbagai perkhidmatannya termasuk kastam, kuarantin dan pemeriksaan komoditi import-eksport di pusat itu sangat lengkap.
Pusat laluan Wanting di bahagian selatan Kawasan Autonomi Dehong dan bersempadan dengan Myanmar, sempadannya sepanjang 28.6 kilometer. Pusat laluan Wanting merupakan salah satu pusat laluan peringkat kebangsaan yang dibuka paling awal di Provinsi Yunnan. Dari pusat laluan Wanting boleh terus ke kawasan tengah Myanmar, dan merupakan laluan yang paling dekat dari kawasan barat daya China ke Asia tenggara. Sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, perdagangan sempadan yang semakin hari semakin rancak telah mendorong pertumbuhan ekonomi Wanting. Pada tahun 1990, Bandar Wanting merupakan salah satu daripada 36 bandar yang paling awal memasuki kehidupan yang kaya di seluruh China. Pusat laluan Wanting menyediakan perkhidmatan pemeriksaan sempadan, kastam, kuarantin kesihatan, kuarantin haiwan dan tumbuhan, pemeriksaan komoditi import-eksport dan lain-lain.
Selain pas laluan tersebut, pusat laluan peringkat kebangsaan juga termasuk pusat laluan Hekou, Tianbao, Jinshuihe dan lain-lain, pusat laluan peringkat provinsi termasuk pusat laluan Zhangfeng, kawasan perdagangan sempadan Jiegao dan lain-lain.
----Andika
|