Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-08 11:27:43    
China Giat Tingkatkan Taraf Anti-Ubat Perangsang

CRI
Ubat perangsang sentiasa merupakan musuh sukan dan China amat mementingkan kerja anti-ubat perangsang.

Pada tahun 2003 yang lalu, arena sukan antarabangsa menghadapi sesukaran yang terbesar iaitu skandal tentang olahragawan menggunakan ubat perangsang berlaku dengan kerap. Setelah ramai olahragawan A.S dikesan menggunakan THG, sejenis ubat perangsang yang baru pada setengah tahun kedua 2003, Klub Bola Sepak Juventus Itali dan Pasukan Basikal Cofedis Perancis berturut-turut menerima penyelidikan kehakiman kerana disyaki berdasarkan rancangan mengatur anggota mereka menggunakan ubat perangsang. Keadaan tersebut telah menimbulkan perhatian umum terhadap penyalahgunaan ubat perangsang dalam arena sukan antarabangsa.

China sentiasa mementingkan kerja anti-ubat perangsang. Pada 1 Mac 2004, "Peraturan Anti-Ubat Perangsang" yang diumumkan oleh Dewan Negara China secara rasmi dilaksanakan. Ia melambangkan China merupakan salah sebuah negara yang berjumlah sedikit di dunia yang khususnya melaksanakan perundangan terhadap hal ehwal anti-ubat perangsang. "Peraturan Anti-Ubat Perangsang" tersebut menetapkan tindakan pengawalan yang tegas terhadap pelbagai perkara termasuk pengeluaran, penjualan dan import-eksport ubat terlarang, serentak itu, ia menuntut Biro Sukan Kebangsaan China menggubal peraturan pemeriksaan ubat perangsang yang lengkap dan melaksanakannya.

Setelah berusaha selama lebih 2 tahun, Jawatankuasa Anti-Ubat Perangsang Suruhanjaya Olimpik China berjaya menubuhkan Sistem Pengawalan dan Pengurusan Ubat Perangsang yang bertaraf maju di dunia. Encik Li Furong, Ketua Pengarah Jawatankuasa Anti-Ubat Perangsang Suruhanjaya Olimpik China amat mengesahkan sistem tersebut, beliau berkata, "Penubuhan Sistem Pengawalan dan Pengurusan Ubat Perangsang China menyempurnakan peraturan pemeriksaan ubat perangsang, meningkatkan pengurusan terhadap proses pengawalan penggunaan ubat perangsang, dan berfaedah untuk meningkatkan taraf dan keupayaan pekerja anti-ubat perangsang. Dengan demikian, China berjaya merupakan salah sebuah negara yang berjumlah sedikit di dunia yang mempunyai sistem seumpama itu yang sudah disahkan oleh ISO."

Encik Anders Solheim, pegawai Badan Anti-Ubat Perangsang Negara Norwal yang pernah bertugas dalam penubuhan Sistem Pengawalan dan Pengurusan Ubat Perangsang China berpendapat bahawa ia akan menjamin olahragawan China bertanding dalam suasana yang adil dan juga akan menjamin kerja anti-ubat perangsang dalam Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Beliau berkata, "Kerja anti-ubat perangsang China dapat disahkan oleh ISO yang sistem pengesahannya begitu menyeluruh lagi rumit, ia bererti penting untuk China menjalankan kerja anti-ubat perangsang pada masa akan datang. China sudah mencapai taraf maju dalam bidang anti-ubat perangsang."

Encik Shi Kangcheng, Ketua Jabatan Jawatankuasa Anti-Ubat Perangsang Suruhanjaya Olimpik China memaklumkan bahawa selain giat mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan pelbagai konvension antarabangsa, China juga giat menjalankan kerjasama dua hala dengan negara lain dalam bidang anti-ubat perangsang. Beliau berkata, "Pada masa ini, kami melakukan persiapan dalam 3 aspek, pertama, memilih pengurus peringkat tinggi pemeriksaan ubat perangsang dan menghantar mereka ke Suruhanjaya Penganjur Olimpik Athens untuk melanjutkan pelajaran. Melalui praktis dalam Sukan Olimpik Athens tahun 2004 pada bulan Ogos nanti, mereka boleh meningkatkan pengalaman; Kedua, menggubal dan melaksanakan Rancangan Strategi Anti-Ubat Perangsang Sukan Olimpik Beijing 2008; Ketiga, meningkatkan latihan. Kami akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa untuk menganjurkan kursus latihan anti-ubat perangsang pada penghujung tahun 2004 atau awal tahun 2005. Suruhanjaya Olimpik Antarabangsa akan mengundang pakar berkenaan mensyarahkan kerja anti-ubat perangsang."

----Fairus