Menurut berita CRI, Agensi Berita Xinhua China hari ini mengeluarkan Pemberitahuan Dewan Negara China Tentang Mengintensifkan Pencegahan dan Rawatan Penyakit AIDS.
Pemberitahuan itu menuntut pelbagai tempat supaya mengintensifkan pengesanan penyakit, menguruskan dengan berkesan pembekalan ubat-ubatan, menjamin belanja pencegahan dan rawatan, mengadakan secara positif kerjasama antarabangsa serta meningkatkan taraf pencegahan dan rawatan.
Terdapat 840 ribu orang yang dijangkiti penyakit AIDS di China sekarang.
|