Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-10 15:12:39    
Pembaharuan Pengurusan Hospital Umum China

CRI
Tokoh Parti Zhi Gong China memaklumkan bahawa parti tersebut telah mengemukakan usul untuk mengadakan pembaharuan sistem korporat terhadap hospital umum, dan berpendapat bahawa pembaharuan itu akan membawa 3 kesan positif terhadap perkembangan perkhidmatan perubatan China. Pertama, berdasarkan ekonomi pasaran, usaha memperbaiki taraf perubatan memerlukan peningkatan dan penambahan peralatan yang moden, jika hanya bergantung kepada peruntukan kerajaan, ia tidak dapat memenuhi keperluan tersebut sehingga mengakibatkan kekurangan peralatan perubatan dan cara sekarang sudah ketinggalan zaman. Terdapat banyak hospital telah terjejas perkembangannya oleh sebab kekurangan dana. Melalui pembaharuan sistem korporat, pihak hospital boleh menarik ramai pelabur dan berfaedah untuk memperoleh dana. Kedua, jika hospital umum melaksanakan pembaharuan system korporat, pemegang saham akan mendesak pihak hospital menjalankan pengurusan yang sama dengan perusahaan moden, dan bersungguh-sungguh meningkatkan keefisienan operasi. Serentak itu, pembaharuan sistem korporat berfaedah bagi harta benda milik negara dipertahankan dan ditingkatkan nilainya supaya keefisienan perkhidmatannya dapat ditingkatkan. Dan ketiga, sistem korporat dan pembentukan struktur hak milik kepelbagaian yang mengutamakan sistem milik negara berfaedah untuk menyelaraskan hubungan kepentingan dan menyusun semula pelbagai badan kerajaan. Dalam aspek meningkatkan keinisiatifan pihak kerajaan, hospital dan orang perseorangan, dapat mengatasi kelemah pengurusanan yang mengutamakan kepentingan jangka pendek, dan menggalakkan perkembangan perkhidmatan perubatan, sistem korporat mempunyai kelebihan dan kedinamikan yang besar.

Tokoh Parti Demokratik Petani dan Buruh China berpendapat bahawa mempercepat pembaharuan sistem korporat hospital umum akan menggalakkan pembaharuan terhadap hospital peringkat kaunti sebagai tindakan penting untuk mereka mengatasi kesulitan dan mempercepat pembangunan. Sebelum penubuhan sistem insurans pembiayaan asas kakitangan kerajaan, hospital di kawasan mundur boleh menimbangkan tindakan "Peralihan" dalam pembaharuan sistem tersebut iaitu: dalam suatu masa tempoh tertentu, kerajaan tidak menarik diri sepenuhnya daripada pengurusan hospital umum, dan hospital umum juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawab setelah diswastakan. Dalam proses pelaksanaan pembaharuan, hendaklah mempertahankan nilai harta benda milik negara dan melindungi kebajikan kakitangan hospital itu, mencipta suasana yang fleksibel untuk hospital yang mengalami masalah, menyediakan dasar keutamaan kepada mereka, membantu mereka meningkatkan pengalaman, dan menggalakkan mereka berkembang dalam jangka panjang pada masa depan; apabila pihak hospital dapat beroperasi dengan normal, dan dasar kerajaan yang berkaitan dilaksanakan dengan sepenuhnya, barulah kerajaan melupuskan kepentingannya dari operasi hospital tersebut.

Bahagian pentadbiran kesihatan tidak harus bertanggungjawab hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan badan perubatan. Ia hanya perlu mewakili kerajaan menyelaraskan dan mengawal pasaran perkhidmatan perubatan, menyelaraskan hubungan pihak hospital dengan pihak pesakit, menjamin pelaksanaan sistem kesihatan umum dan menyelia mutu perkhidmatan rawatan dan lain-lain. Bahagian pentadbiran kesihatan kerajaan harus memberikan perhatian kepada pelbagai aspek termasuk pengurusan dan perkhidmatan kesihatan umum, pencegahan dan pengawalan penyakit, pembangunan jaringan perkhidmatan kesihatan di kawasan desa, pengurusan secara menyeluruh terhadap industri kesihatan dan rawatan. Tokoh Parti Demokratik Petani dan Buruh China menyatakan bahawa usul tersebut telah diserahkan kepada Sidang ke-2 Jawatankuasa Kebangsaan ke-10 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China.

----Azmi