Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Hak Harta Intelek Negara China Encik Wang Jingchuan di Beijing baru-baru ini menyatakan, sejak China menganggotai WTO, kerajaan China telah mengambil tindakan menyempurnakan peraturan undang-undang dan meningkatkan pelaksanaan undang-undang untuk melindungi hak dan kepentingan pemilik hak harta intelek. Pada masa depan, kerajaan China akan terus meningkatkan perlindungan terhadap hak harta intelek untuk mewujudkan iklim ekonomi yang baik.
Kerajaan China sentiasa menumpukan perhatian terhadap perlindungan hak harta intelek dan meminda beberapa peraturan dan undang-undang yang penting seperti "Undang-undang Paten", "Undang-undang Cap Dagang", "Undang-undang Hak Cipta" dan "Peraturan Perlindungan Perisian Komputer" serta menetapkan "Peraturan Perlindungan Rekaan Peta Elektronik Litar Bersepadu"
Pindaan dan penetapan peraturan dan undang-undang tersebut memperluaskan lingkungan perlindungan hak harta intelek China, meningkatkan hak pemilik dan tindakan pelaksanaan undang-undang ditingkatkan. Setakat ini, peraturan dan undang-undang tentang hak harta intelek yang sedia ada di China selaras dengan peraturan "Perjanjian hak harta intelek yang berkaitan dengan perdagangan" yang ditetapkan oleh WTO.
Menurut Ketua Pengarah Encik Wang Jingchuan, China sedang berusaha meningkatkan perlindungan terhadap hak harta intelek untuk mewujudkan iklim ekonomi yang baik. Beliau berkata,
"Perlindungan hak harta intelek bukan sahaja bertujuan untuk menunaikan janji yang dibuat semasa China menganggotai WTO, tetapi juga untuk mendorong perkembangan sosioekonomi China secara menyeluruh, penyelarasan dan perkembangan secara berterusan. Selain menyempurnakan peraturan dan undang-undang hak harta intelek, kami juga akan meningkatkan keupayaan pelaksanaan undang-undang berkaitan dan perlindungan hak harta intelek untuk mewujudkan suasana baik bagi inovasi sistem dalam negara dan bermanfaat bagi pedagang asing berurus niaga di China."
Sehubungan dengan itu, Encik Wang Jingchuan juga mengakui gejala mencabul hak harta intelek tetap wujud di China pada masa ini kerana masa China melaksanakan pembaharuan ekonomi pasaran dan membentuk sistem hak harta intelek hanya selama lebih 20 tahun, kebanyakan rakyat China kurang kesedaran terhadap perlindungan hak harta intelek, persiapan dan pengalaman dalam persaingan antarabangsa berdasarkan sistem hak harta intelek juga masih kurang.
Encik Wang Jingchuan menyatakan, kerajaan China berkeyakinan akan mengambil banyak tindakan seperti membentuk sistem undang-undang, meningkatkan keupayaan pelaksanaan undang-undang, mengadakan penerangan dan latihan untuk mencegah tindakan yang mencabul hak harta intelek.
Berdasarkan maklumat, kerajaan China akan mengadakan aktiviti Minggu penerangan melindungi hak harta intelek. Menurut Encik Wang Jingchuan, diharapkan suasana menghormati hak harta intelek akan diwujudkan, prosedur ekonomi pasaran akan dipatuhi dengan adanya aktivit tersebut. Beliau berkata,
"Tujuan kerajaan mengadakan aktiviti penerangan tentang hak harta intelek dan membanteras tindakan yang mencabul hak harta intelek secara besar-besaran di seluruh negara adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk terhadap perlindungan hak harta intelek, mewujudkan suasana yang baik untuk mendorong perkembangan sosioekonomi, sains dan teknologi China."
----Ching
|