Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-10 15:10:07    
Bandar Beijing Menarik Tenaga Profesional di Dalam dan Luar Negara

CRI

Satu peraturan yang bertujuan untuk menggalakkan dan menarik tenaga profesional dalam sektor kebudayaan dan sukan di dalam dan luar negara menyelenggarakan perusahaan di bandar Beijing telah dilaksanakan pada 1 Mac. Ini merupakan dasar berkaitan pertama yang dikeluarkan oleh kerajaan bandar Beijing. Menurut pegawai berkaitan, tindakan ini bermanfaat bagi mendorong perkembangan perusahaan dan industri kebudayaan dan sukan di bandar Beijng dan juga akan menyediakan suasana yang baik bagi Sukan Olimpik tahun 2008 diadakan di bandar Beijing.

Bandar Beijing merupakan pusat politik dan kebudayaan China. Untuk meningkatkan kedudukannya sebagai pusat kebudayaan, menyelenggarakan Sukan Olimpik tahun 2008 dan meningkatkan daya persaingan bandar Beijing dalam bidang sukan di China bahkan di dunia, "Beberapa peraturan sementara tentang menggalakkan dan menarik tenaga profesional dalam bidang kebudayaan dan sukan menyelenggarakan perusahaan di bandar Beijing" telah dikeluarkan baru-baru ini. Pegawai Biro Personel Bandar Beijing Encik Huang Qiang menyatakan,

"Penetapan dan pengumuman dasar untuk menggalakkan dan menarik tenaga profesional dalam bidang kebudayaan dan sukan itu bertujuan untuk membangunkan Beijing sebagai pusat gubahan karya kebudayaan yang terbaik, pusat aktiviti pertukaran kebudayaan dengan luar negara dan pusat pertumpuan tenaga profesional kesenian dan sukan yang unggul. Ini bermanfaat bagi mendorong perkembangan dan kemakmuran secara menyeluruh perusahaan dan industri kebudayaan dan sukan Beijing."

Menurut peraturan itu, tenaga profesional tersebut terutamanya meliputi tokoh dan pakar yang terkenal dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta ahli sukan yang terkenal di dalam dan luar negara, tenaga profesional unggul yang berurus niaga atau menguruskan kerja dalam bidang media kebudayaan dan kesenian serta pertubuhan sukan yang terkenal di dunia.

Pelbagai cara telah ditetapkan oleh kerajaan Beijing bagi tenaga profesional dalam bidang kebudayaan dan sukan menyelenggarakan perusahaan di bandar Beijing. Pegawai Biro Personel Bandar Beijing Encik Huang Qiang menyatakan,

"Mereka boleh menyelenggarakan pelbagai pertubuhan atau syarikat kebudayaan dan sukan, membuat rancangan bagi melaksanakan pertukaran, kerjasama projek atau bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang kebudayaan dan sukan. Mereka juga boleh menyandang jawatan dan menghubungkan jabatan dalam badan perusahaan dan kerajaan, badan swasta bukan perusahaan serta pertubuhan kebudayaan dan sukan."

Pegawai Biro Sukan Bandar Beijing Encik Liu Xingzhong menyatakan, pelaksanaan "Beberapa peraturan sementara tentang menggalakkan dan menarik tenaga profesional dalam bidang kebudayaan dan sukan menyelenggarakan perusahaan di bandar Beijing" akan memainkan peranan positif untuk mendorong perkembangan sukan di bandar Beijing. Beliau menyatakan,

"Sama ada Beijing boleh mencapai hasil yang membanggakan dalam Sukan Olimpik tahun 2008 tergantung kepada latihan dan penerimaan tenaga profesional bidang sukan, sehubungan dengan itu, peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh kerajaan Beijing amat penting bagi kalangan ahli sukan bandar Beijing."

----Ching