|
Menurut berita CRI: Wartawan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan China semalam, pada tahun ini China akan terus meningkatkan jumlah siswazah lanjutan yang dijangka akan mencatat 330 ribu orang.
Menurut maklumat, pendidikan siswazah lanjutan di China meningkat dengan pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, akan tetapi, berbanding dengan negara-negara maju, kadar siswazah lanjutan di China masih belum rasional. Kadar siswazah lanjutan dengan lulusan doktor falsafah di China ialah 4.2:1, manakala di negara-negara maju, kadar itu ialah 10:1.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan China telah menetapkan usaha untuk meningkatkan jumlah siswazah lanjutan dan mengawal jumlah lulusan doktor falsafah.
|