Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-10 15:42:09    
Unit Jana Kuasa No.2 Projek Peringkat Kedua Stesen Penjana Tenaga Nuklear Qinshan China Mulai Beroperasi

CRI
Wartawan CRI melaporkan bahawa Unit Jana Kuasa No.2 Projek Peringkat Kedua Stesen Penjana Tenaga Nuklear Qinshan China yang berkapasiti 650 ribu kilowatt telah mulai beroperasi secara komersial pada awal Mei tahun ini.

Pengurus Besar Syarikat Tenaga Nuklear Qinshan Bhd. Encik Li Yongjiang dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing hari ini memaklumkan bahawa setelah beroperasi, Unit Jana Kuasa No.2 Projek Peringkat Kedua Qinshan akan mengatasi kekurangan tenaga elektrik di kawasan timur China.

Unit jana kuasa tenaga nuklear yang sedang beroperasi dan yang akan dibina di China berjumlah 11 buah, kapasiti keseluruhannya akan mencapai 8.6 juta kilowatt.