Wartawan CRI melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan China memaklumkan bahawa atas undangan Naib Perdana Menteri China Puan Wu Yi, Naib Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan ke China dari 12 hingga 17 Mei 2004.
Semasa lawatan tersebut, Puan Wu Yi dan Lee Hsien Loong akan bersama-sama menghadiri Sidang Pertama Surunhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura dan Sidang ke-7 Majlis Penyelarasan Bersama China-Singapura Zon Industri Suzhou.
|