|
 Menurut Agensi Berita Xinhua: Naib Perdana Menteri China Puan Wu Yi di Beijing hari ini menyatakan, pertumbuhan ekonomi China yang pesat menyediakan peluang perdagangan besar kepada perusahaan A.S..

Demikian dinyatakan oleh Wu Yi semasa bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pengarah dan CEO Syarikat Emerson A.S..
Puan Wu Yi menyatakan, perkembangan secara stabil hubungan ekonomi dan perdagangan China-A.S. bukan sahaja bersesuaian dengan kepentingan China, tetapi juga kepentingan A.S.. Diharapkan Syarikat Emerson terus meningkatkan kerjasama dengan China.
|