Seiring dengan peningkatan ekonominya, China telah memainkan peranan yang semakin penting dalam ekonomi Dunia khususnya ekonomi Asia. Sejak tahun 1995, kadar peningkatan jumlah perdagangan dua hala China-ASEAN meningkat lebih 15% purata setahun, khususnya setelah Asia tenggara dilanda krisis kewangan pada tahun 1997, usaha China yang tidak dinilai semula RMB telah memantapkan hubungan ekonomi China-ASEAN, kepercayaan antara kedua-dua pihak juga telah ditingkatkan.
Setelah itu, China dan negara anggota ASEAN telah memeterai beberapa perjanjian kerjasama ekonomi. Pada 4 November 2002, China dan ASEAN telah memeterai "Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN" di Phnom Penh, ibu negara Kemboja, dan memutuskan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN pada tahun 2010, ini akan memberi kesan yang besar kepada Asia, khususnya kerjasama ekonomi Asia timur dan perkembangan hubungan antarabangsa. Topik tentang ASEAN telah menimbulkan perbincangan yang hangat di Provinsi Hainan China. Pakar berpendapat, penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN akan menyediakan peluang yang baik kepada Hainan, Hainan boleh menggunakan kelebihan sendiri untuk mencapai perkembangan. Ketua Pusat Akademi Sains Sosial Universiti Hainan, Zhan Changzhi menegaskan, "Hainan terletak di kawasan depan dalam kerjasama China-ASEAN dan mempunyai banyak peluang. Hainan akan menggunakan kelebihan tersebut untuk menjadi pangkalan diplomatik kalangan rakyat antara China dan ASEAN, saya berpendapat, ini akan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Hainan."
Kelebihan Provinsi Hainan ialah lokasinya dekat dengan negara Asia tenggara, pengangkutan melalui laut sangat mudah, hasil tempatannya sangat kaya, bidang pertanian mempunyai kelebihan, sumber pelancongan sangat kaya, kelengkapan pelancongannya semakin hari semakin sempurna. Kawasan perairan lautnya sangat luas, jumlah jenis sumber alamnya amat kaya dan mempunyai potensi yang tinggi. Boleh dijangkakan, seiring dengan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerjasama antara Hainan dan negara anggota ASEAN akan lebih mudah, bidang kerjasama akan lebih meluas. Zhan Changzhi menegaskan, "Hainan merupakan pusat kawasan pertukaran barangan dengan negara-negara Nusantara, lalu lintasnya sangat mudah, kejayaan yang dicapai oleh Hainan dalam pembaharuan dan buka pintu selama 15 tahun juga telah meletakkan dasar yang baik kepada provinsi itu."
Peluang dan cabaran adalah sama, penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN juga akan menyediakan cabaran dalam sektor pertanian dan pelancongan. Zhan Changzhi menyatakan, "Saingan tidak boleh dielakkan, tetapi kami harus menghadapi saingan tersebut demimeningkatkan daya saingan sendiri dan bekerjasama dengan negara lain."
Ruang kerjasama antara Hainan dan negara anggota ASEAN mempunyai potensi yang besar, memajukan industri hasil laut, memupuk titik pertumbuhan ekonomi yang baru, menggunakan kelebihan Hainan dalam sektor perushaan hasil laut. Sektor pelancongan merupakan tonggak dalam industri Hainan, tetapi daya saingannya harus ditingkatkan lagi, memajukan sektor pelancongan Hainan, menerima standard antarabangsa dalam sektor pelancongan. Selain itu, China dan ASEAN mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang kerjasama pertanian, Hainan boleh menggunakan kelebihan sendiri untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN, secara besar-besaran mempopularkan sains dan teknologi pertanian disamping meningkatkan taraf sains dan teknologi hasil pertanian, menubuhkan pusat memproses dan pengedaran hasil pertanian di kawasan tropika. Di samping itu, Hainan juga boleh bekerjasama dengan negara jiran dalam sektor pertanian, menetapkan kelebihan dan meningkatkan daya saingan sendiri.
Dalam kerjasama dan saingan, Hainan akan meningkatkan keupayaan sendiri dan saling melengkapi dengan negara anggota ASEAN, masa depannya amat cerah.
----Andika
|