Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Perdagangan China Yu Guangzhou di Beijing semalam memaklumkan bahawa jumlah eksport barang keluaran pertanian China akan meningkat satu kaliganda dan mencatat atau melebihi 40 bilion dolar Amerika pada tahun 2013.
Dimaklumkan bahawa jumlah eksport barang keluaran pertanian China pada tahun yang lalu melebihi 20 billion dolar Amerika, antaranya meliputi hasil air, barang holtikultur dan ternakan. Pasaran eksport utama meliputi Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
|