Wartawan CRI melaporkan kerajaan China memaklumkan baru-baru ini bahawa tindakan kawalan makro yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencegah pertumbuhan ekonomi menjadi terlalu cepat telah mencapai kesan peringkat awal.
Dalam statistik terkini yang dimaklumkan oleh kerajaan China menunjukkan bahawa peningkatan pengeluaran keluli dan simen pada April menjadi perlahan berbanding Mac. Selain itu, harga barangan termasuk kenderaan dan TV juga mulai turun.
Bank Pusat China memaklumkan baru-baru ini bahawa China akan mengawal peningkatan pinjaman wang di sector perbankan.
|