Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-17 13:11:54    
China akan Terus Sempurnakan Peraturan dan Undang-undang

Agensi Berita Xinhua China

Firma Peguam di bandar Shanghai

Pegawai Jabatan Penguatkuasa Undang-undang Dewan Negara China baru-baru ini menyatakan, China akan menyempurnakan peraturan dan undang-undang untuk terus mengamalkan dasar buka pintu dalam perkhidmatan undang-undang China.

Pegawai Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Kewangan Jabatan Undang-undang Dewan Negara China Puan Liu Changchun dalam seminar antarabangsa tentang "Pengaruh keanggotaan China dalam WTO terhadap pelaburan, perdagangan dan perkhidmatan undang-undang luar negara di China" yang diadakan di Beijing menyatakan, peguam luar negara yang bertugas di China akan menikmati suasana pelaksanaan undang-undang China yang semakin baik, ini bermanfaat bagi perkembangan firma mereka.

Menurut beliau, setelah menganggotai WTO, China bukan sahaja berusaha meminda undang-undang China agar undang-undang tersebut selaras dengan peraturan WTO dan mengotakan janji yang dibuatnya semasa China menganggotai WTO, tetapi juga berusaha untuk membentuk sistem undang-undang yang standard dan sistem pemeriksaan kehakiman terhadap pentadbiran.

"'Undang-undang Izin Pentadbiran' akan dikuatkuasakan di China pada bulan Julai tahun ini, China akan membatalkan beberapa prosedur pengesahan pentadbiran. Ini akan bermanfaat bagi firma peguam asing dan pelanggan mereka menjalankan tugasnya di China."

Dalam tempoh dua tahun sejak China menganggotai WTO, kerajaan China menunaikan janjinya terhadap WTO untuk melaksanakan dasar buka pintu dalam bidang perkhidmatan undang-undang. Sejak bulan Januari tahun 2003, kerajaan China membatalkan sekatan terhadap penubuhan dan had jumlah pejabat cawangan firma peguam asing di China, membatalkan sekatan yang mensyaratkan satu firma peguam asing hanya boleh membuka satu pejabat cawangan di China. Di samping itu, pejabat cawangan firma peguam asing di China boleh menguruskan perkhidmatan undang-undang setelah menandatangani kontrak untuk menjalin hubungan jangka panjang dengan firma peguam China; sekatan tempoh perkhidmatan wakil tetap juga dikurangkan, tempoh perkhidmatan wakil utama dikurangkan daripada 5 tahun pada masa dahulu kepada 3 tahun sekarang.

Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Firma Peguam Zhonghua yang juga Pengarah Firma Peguam Kang Da Encik Fu Yang menyatakan: " dahulu para peguam China pernah khuatir mereka akan menghadapi persaingan yang sengit dengan firma peguam asing setelah China menganggotai WTO, akan tetapi masalah ini tidak wujud. Peguam China dan peguam asing mempunyai ciri-ciri dan keunggulan sendiri. Dalam tempoh dua tahun, sejak China menganggotai WTO, kerjasama antara peguam China dengan peguam asing semakin ditingkatkan."

Beliau menambah, keanggotaan China dalam WTO menyediakan banyak peluang baru kepada peguam China. Seiring dengan peningkatan pelaburan asing di China, tugas firma peguam China di luar negara meningkat dengan banyak. Semakin banyak perusahaan swasta China melabur di luar negara. Ini juga menyebabkan kerjasama peguam China dan peguam asing semakin meningkat di luar negara.

Pada masa ini, firma peguam asing menubuhkan 129 pejabat di China, 16 buah antaranya merupakan pejabat kedua mereka di China, meningkat 41 berbanding masa sebelum China menganggotai WTO.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Asing Persekutuan Peguam Antarabangsa menyatakan, "Pasaran China mempunyai potensi besar dan akan menyediakan lebih banyak peluang kepada firma peguam asing."

----Ching