Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Sains dan Teknologi Kementerian Perdagangan China Encik Shan Qingjiang semasa menyertai Pameran Barang Perdagangan Eksport China ke-59 di bandar Guangzhou baru-baru ini menyatakan, setelah strategi "Mengembangkan sains dan teknologi untuk mendorong peningkatan perdagangan" dilaksanakan selama 5 tahun, eksport barangan teknologi tinggi China telah meningkat 64% pada suku tahun pertama tahun ini, menduduki 28.6% jumlah eksport China dalam tempoh yang sama, barangan teknologi tinggi memangkin peningkatan eksport perdagangan luar China.
Strategi "Mengembangkan sains dan teknologi untuk mendorong peningkatan perdagangan" mula dilaksanakan pada tahun 1999. Teras strategi itu ialah meningkatkan eksport barangan teknologi tinggi dan menggunakan sains dan teknologi tinggi untuk meningkatkan taraf perusahaan tradisional. Menurut Encik Shan Qingjiang, dalam tempoh 5 tahun sejak strategi itu dilaksanakan, rangka sistem dasar "Mengembangkan sains dan teknologi untuk mendorong peningkatan perdagangan" telah dibentuk di China, sebanyak 25 pangkalan eksport barangan teknologi tinggi telah ditubuhkan, lebih 1900 barangan teknologi tinggi disenaraikan dalam "Daftar Barangan Teknologi Tinggi Eksport China"; pada tahun 2003, jumlah eksport barangan teknologi tinggi China bernilai 110.3 bilion Dolar Amerika, jumlah itu 5 setengah kali ganda meningkat berbanding tahun 1998, nisbahnya dalam jumlah eksport China meningkat kepada 28.6% pada suku tahun pertama tahun ini. Ini bermakna, situasi baru iaitu "perkembangan teknologi tinggi mendorong perkembangan pengeluaran barangan mesin dan elektrik, manakala perkembangan barang keluaran mesin dan elektrik memangkin eksport" telah dibentuk di China.
Menurut Encik Shan Qingjiang, dalam tempoh 5 tahun tersebut, China juga mengimport barangan teknologi tinggi yang bernilai 75.2 bilion Dolar Amerika dari luar negara, angka ini menduduki 42% daripada jumlah teknologi serupa yang diimport sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan membuka pintu. Ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan taraf industri dan memajukan sains dan teknologi China.
Menurut Encik Shan Qingjiang, peningkatan eksport barangan teknologi tinggi China disebabkan perkembangan industri teknologi maklumat China yang pesat. Pendapatan penjualan industri teknologi maklumat China mencatat 1.88 ribu bilion Yuan RMB pada tahun 2003, industri teknologi maklumat telah menjadi industri utama di China, selepas A.S. dan Jepun; jumlah nilai keluaran set televisyen berwarna, DVD, telefon bimbit dan lain-lain menduduki tempat teratas di dunia; manakala bidang sains dan teknologi juga banyak digunakan dalam pengeluaran barang keluaran industri tradisional seperit tekstil, pakaian, kasut, basikal dan lain-lain.
Menurut Encik Shan Qingjiang, pada masa ini, 9 kementerian dan suruhanjaya antaranya Kementerian Perdagangan, Jabatan Kastam Negara dan Kementerian Sains dan Teknologi sedang berusaha untuk memangkin strategi "Mengembangkan sains dan teknologi untuk mendorong peningkatan perdagangan" terus dilaksanakan. Menurut beliau, China merancang mengembangkan 10 perusahaan penting yang jumlah eksport barangan teknologi tingginya melebihi 5 bilion Dolar Amerika dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang, agar jumlah eksport barangan teknologi tinggi China mencatat 450 bilion Dolar Amerika sebelum tahun 2020, nisbah dalam jumlah eksport China pada ketika itu meningkat ke 45%, kerajaan juga menggalakkan perusahaan berinisiatif mengadakan ciptaan baru dan mempunyai jenama produk sendiri serta meningkatkan daya saingan dalam pasaran teknologi tinggi di arena antarabangsa.
----Ching
|