Menurut Agensi Berita Xinhua: Sumber tenaga angin di China amat kaya. Jika tenaga angin digunakan dengan sempurna, masalah kekurangan sumber tenaga yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi China ada kemungkinan diselesaikan.
Berdasarkan statistik dalam laporan kajian yang dikeluarkan oleh pertubuhan seperti Persatuan Penggunaan Sumber Tenaga China, dalam tempoh 10 tahun lalu, jumlah penjanaan elektrik dengan tenaga angin di China meningkat dengan 55% purata setahun. Setakat penghujung tahun lalu, jumlah penjanaan elektrik tenaga angin mencatat lebih 560 ribu kilowatt di China. Akan tetapi angka itu kurang banyak berbanding dengan beberapa negara lain.
|