Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-17 15:58:05    
Lee Hsien Loong Bentangkan Prospek Kerjasama Singapura dan China

Agensi Berita Xinhua China
16 Mei merupakan hari yang menggembirakan orang Singapura di China. Dalam upacara permulaan projek pelaburan Singapura di China yang paling besar, naib Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menggalakkan orang Singapura menyertai pembangunan China dengan aktif.

Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucapan dengan bahasa mandarin. Beliau menunjukan bahawa seiring dengan perkembangan China dan besar buka pintu kepada luar dilaksanakan di China, kerajaan Singapura tetap menggalakkan rakyat Singapura terus belajar untuk berkembang maju bersama-sama dengan China.

Beliau berkata, orang Singapura mesti menghadapi saing dari China, mengurangkan kos dengan sedapat mungkin, membatalkan projek ekonomi yang China mempunyai keupayaan pengeluaran yang lebih kuat daripada Singapura, pedagang Singapura mesti keluar Singapura dan melabur di China.

Tentang perubahan China selepas menjadi anggota WTO, Lee Hsien Loong berkata, kerajaan China menggubal undang-undang dan memudahkan prosedur pengurusan kerajaan, menyediakan suasana China lebih sesuai berdagang. Maka, pedagang yang bijak berkemampuan melabur di China.

Lee Hsien Loong terutamanya menegaskan pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat Singapura dan China yang semakin ditingkatkan. Beliau mewakili lebih 5000 orang Singapura yang tinggal di Shanghai berkata, "tinggal di Shanghai lebih seronok, taraf kehidupannya amat tinggi, tidak ada banyak masalah dalam bidang kebudayaan dan bahasa." Serentak itu, beliau berpendapat bahawa bagi penduduk Shanghai, Singapura pun merupakan bandaraya yang nyaman dan bersahabat."

Lee Hsien Loong memastikan hubungan ekonomi dan perdagangan Singapura dengan Shanghai akan terus meningkat.

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, pada tahun 1993, pelaburan Singapura di China mencatat 5 bilion dolar Amerika, pada tahun 1988 menambah kepada 30 bilion dolar Amerika, setakat ini telah mencapai lebih 40 bilion dolar Amerika.