Menurut statistik awal pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab pengiraan undi pemilihan presiden Filipina, setakat 15 Mei, undi yang diperolehi oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo mendahului pencabarnya calon daripada parti pembangkang, Fernando Poe. Penganalisis berpendapat bahawa walaupun masih tidak dapat mengenalpasti Arroyo akan menang pemilihan presiden, akan tetapi kemungkinan itu lebih besar.
Setakat petang kalmarin waktu tempatan, dalam 25% undi yang dikira, Arroyo memenangi lebih 3.5 juta undi yang melebihi 900 ribu undi berbanding Fernando Poe. Tiga calon presiden yang lain masing masing memenangi beberapa ratus ribu undi. Pihak media berpendapat bahawa Arroyo amat berkemungkinan dipilih sebagai presiden Filipina lagi.
Menurut penganalisis, sebab utama termasuk:
Pertama, berbanding dengan pencabarnya Fernando Poe, Arroyo mempunyai latar belakang pendidikan perseorangan yang baik dan kecekapan yang lebih tinggi. Arroyo pernah menerima pendidikan di beberapa universiti dalam dan luar negara, beliau mempunyai ijazah doktor ilmu ekonomi dan merupakan seorang ahli ekonomi serta pernah betugas di universiti. Serentak itu, Arroyo mempunyai pengalaman pentadbiran yang luas, pernah menyandang jawatan pegawai kerajaan pelbagai peringkat, kebijaksananya beliau diakui oleh pelbagai kalangan.
Kedua, manifesto pilihan raya presiden Arroyo disokong oleh ramai pengundi.
Ketiga, sejak Arroyo mentadbirkan negara pada lebih 3 tahun yang luas, beliau telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang mendorong perkembangan ekonomi dalam negara, memelihara kestabilan politik dan memerangi keganasan.
Selepas statistik awal diumumkan, Arroyo menyatakan, jika beliau menang dalam pemilihan presiden, beliau akan menaruh perhatian dalam mendorong pembaharuan sistem masyarakat serta bersedia mengundang parti pembangkang menyertai kerajaan baru yang "menganjurkan perpaduan bangsa".
|