Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-18 11:03:38    
Bank Import-Eksport China Mainkan Peranan Utama Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan

Harian Renmin Ribao
Menurut Harian "Renminribao" China hari ini bahawa Encik Yang Zilin, Presiden Bank Import-Eksport China dalam sidang tahunan badan kredit eksport Asia yang diadakan baru-baru ini menyatakan, dalam tempoh 10 tahun sejak penubuhannya, Bank Import-Eksport China telah memainkan peranan penting menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan pelbagai negara di dunia terutama di rantau Asia.

Encik Yang Zilin berkata, dalam pelbagai bentuk pinjaman itu, Bank Import-Eksport China memberi keutamaan menyediakan pinjaman kepada negara Asia khususnya negara jiran. Pada tahun 2003 sahaja, Bank Import-Eksport China telah menyediakan 11.5 bilion yuan RMB untuk menyokong projek pembangunan di negara asing dan projek pelaburan luar negara.