|
Menurut berita CRI, Naib Menteri Pembinaan China Qiu Baoxing di Beijing semalam menyatakan bahawa proses urbanisasi China telah memasuki peringkat yang menyeluruh dan cepat, jumlah peningkatan purata setiap tahun mencatat 0.88% dan meningkat lebih dua kali ganda berbanding kecepatan purata perbandaran dunia dalam tempoh yang sama.
Qiu Baoxing berkata bahawa kadar perbandaran China meningkat sampai 39% pada tahun 2002 berbanding kira-kira 18% pada tahun 1978.
|