Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-19 19:38:01    
China akan Perkenalkan Kaedah Baru Pencegahan dan Pengubatan Penyakit Kencing Manis

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, kaedah baru yang bersepadu bagi mencegah dan mengubati penyakit kencing manis yang juga disenaraikan dalam program utama pengkajian Kementerian Kesihatan China akan diperkenalkan di seluruh China dari Ogos tahun ini.

Baru-baru ini, dalam sidang laporan program pengkajian untuk mencegah dan mengubati penyakit kencing manis yang diadakan di Shanghai didedahkan bahawa program itu akan dilaksanakan bersama-sama oleh 15 buah hospital termasuk Hospital Xiehe Beijing.

Profesor Liu Zunyong, pegawai yang bertanggungjawab terhadap program tersebut berkata, berbanding dengan kaedah normal perawatan kencing manis di China, kaedah perawatan bersepadu itu mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sperti mengutamakan peranan saling mendorong makan minum dan riadah; meningkatkan daya ketahanan melawan penyakit, dan mengubah kaedah perawatan yang normal kepada kaedah yang intensif serta membentuk sistem pentadbiran hospital yang lebih berkesan.

Tambah beliau, setakat ini, projek percubaan program itu telah dilaksanakan di Beijing, Shandong, Jiangsu dan lain-lain tempat. Pencapaian menunjukkan bahawa kaedah perawatan baru itu telah meningkatkan tiga kali ganda keberkesanannya berbanding dengan kaedah perawatan kencing manis yang normal sebelum ini.

Bagi menjamin pelaksanaan program itu dijalankan dengan berkesan, Kementerian Kesihatan China akan menubuhkan pusat jaringan pencegahan dan perawatan penyakit kencing manis dan 10 pusat penyelarasan serta mengorganisasi 200 buah hospital menjalankan perawatan yang intensif terhadap 10 ribu orang pesakit kencing manis.

Katanya, penyakit kencing manis ialah penyakit kronik dan penghidapnya sukar sembuh sepanjang hayat. Setakat ini, belum didapati ubat yang dapat menyumbuhkan penyakit itu. Walaubagaimana pun, asalkan penghidap dan keluarganya memdapat pengetahuan yang betul dan menghadapi penyakit itu dengan penuh semangat, melalui perawatan yang bersepadu berasaskan keadaan penghidap itu, keadaan penghidap akan dikawal dan mengurangkan risiko munculnya penyakit sampingan.

Pada masa ini, terdapat 50 juta orang pesakit kencing manis di China. Jumlah itu menduduki kira-kira satu perempat jumlah penghidap penyakit itu di dunia. Di samping itu, jumlah penghidap kencing manis di China masih mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2 juta setahun. Difahamkan, di China, perbelanjaan setiap tahun untuk mengubati penyakit sampingan yang didatangkan kencing manis telah mencapai 16.451 bilion Yuan Renminbi.